More

    Siri realme 11 Pro dilancar: Dimensity 7050, skrin melengkung AMOLED 6.7″ 120Hz bermula ~RM1,342

    realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ yang diperkenalkan di China bulan lepas telah mula dilancarkan secara global bermula dari India. Kedua-dua telefon menawarkan warna Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green yang mempunyai kemasan kulit vegan. Siri realme 11 Pro adalah telefon pintar yang serupa dengan perbezaan pada bahagian kamera dan bateri.

    realme 11 Pro+ menampilkan kamera utama 200MP , ultralebar 8MP dan makro 2MP manakala model Pro menukar kamera utama dengan sensor 100MP. Ia juga mempunyai kamera swafoto 16MP dan bukannya kamera 32MP seperti Pro+. Pro+ mempunyai varian 8GB/256GB dan 12GB/256GB manakala versi Pro hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

    Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai bateri 5,000 mAh, tetapi Realme 11 Pro+ menyokong pengecasan berwayar 100W manakala Realme 11 Pro hanya meningkat kepada 67W. Spesifikasi lain yang dikongsi oleh 11 Pro dan 11 Pro+ termasuk cipset Dimensity 7050, paparan AMOLED melengkung 6.7 inci 120Hz FullHD+ dan realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

    Telefon pintar ini turut menampilkan pengimbas cap jari dalam paparan dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. realme 11 Pro+ 5G akan dijual pada harga $530 (~RM2,444) untuk varian 12GB/512GB manakala realme 11 Pro akan berharga $400 (~RM1,844) untuk varian 8GB/128GB.

    realme 11 Pro+ bermula pada INR 27,999 (~RM1,565) untuk varian 8/256GB dan berharga INR 29,999 (~RM1,677) untuk varian 12/256GB. realme 11 Pro bermula pada INR 23,999 (~RM1,342) untuk varian 8/128GB, untuk varian 8/256GB berharga INR 24,999 (~RM1,397) manakala varian 12/256GB berharga INR 27,999 (~RM1,565).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured