More

    Siri realme 12 Pro dilancar: SD 7s Gen 2 dan kamera periskop 64MP bermula ~RM1,480

    Setelah beberapa minggu dihebohkan, realme akhirnya melancarkan siri realme 12 Pro di India, merangkumi realme 12 Pro dan realme 12 Pro+.

    Bermula dengan realme 12 Pro, ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 bersama-sama dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Di dalamnya terdapat bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W melalui port USB-C.

    Daripada segi skrin, ia menampilkan skrin OLED 120Hz 6.7 inci dengan potongan lubang tebuk di bahagian tengah atas yang menempatkan kamera swafoto 16MP. Di bahagian belakangnya terdapat susunan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP + ultra lebar 8MP + telefoto 32MP.

    Sementara itu, realme 12 Pro+ dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7s Gen 2, RAM 8GB atau 12GB dan storan sehingga 256GB. Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas yaang sama pada 67W melalui port USB-C.

    Skrin bagi 12 Pro+ adalah OLED 120Hz 6.7 inci dengan kecerahan puncak 950 nits dan potongan lubang tebuk di bahagian tengah atas yang menempatkan kamera swafoto 32MP. Di bahagian belakang, 12 Pro+ mempunyai susunan tri-kamera merangkumi kamera utama 50MP + ultra lebar 8MP + periskop 64MP.

    Di India, 12 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Submariner Blue atau Navigator Beige dengan harga INR25999 (~RM1,480) untuk varian 8/128GB dan INR26999 (~RM1,537) untuk 8/256GB. Sementara itu, 12 Pro+ juga ditawarkan dalam warna yang sama dan tambahan warna Explorer Red bermula pada harga INR29999 (~RM1,708) untuk 8/128GB dan INR33999 (~RM1,936) untuk varian 12/256GB.

    Kami berharap dan menjangka siri realme 12 Pro akan membuat kehadirannya ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured