More

    Siri realme Buds Air6 dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan ANC bermula RM299

    Selain melancarkan siri telefon pintar realme GT 6 pada hari ini, realme Malaysia turut melancarkan dua model fon telinga wayarles stereo (TWS) baharu iaitu realme Buds Air6 dan realme Buds Air6 Pro.

    realme Buds Air6 menampilkan pemacu Mega Titanizing 12.4mm, dengan peningkatan 89% dalam kawasan getaran berbanding pemacu standard. Ia mempunyai fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang boleh membatalkan bunyi sehingga 50dB, serta pengiktirafan Hi-Res Audio dan codec audio HD LHDC 5.0.

    Sementara itu, realme Buds Air6 Pro pula mempunyai dwi-pemacu dengan kualiti H-Fi, termasuklah pemacu bass 11mm dan tweeter mikro-planar 6mm untuk bass yang dalam dan frekuensi tinggi merentasi spektrum penuh. Ia boleh membatalkan hingar sehingga 50dB untuk menikmati kualiti audio yang tidak terganggu.

    Ia juga menawarkan Algoritma Audio Peribadi dan Kesan Audio Ruang 360° untuk efek audio tiga dimensi seperti dalam teater, serta menyokong protokal penghantaran wayarles HD LDAC.

    Kedua-dua Buds Air6 dan Buds Air6 Pro menawarkan Peningkatan Bass Dinamik untuk bass yang dalam, enam mikrofon dengan teknologi pembatalan bunyi bising, bateri yang boleh bertahan sehingga 40 jam, kependaman (latency) rendah 55 milisaat, hubungan Google Fast Pair dan rating kalis air IP55.

    realme Buds Air6 akan dijual pada harga RM299, manakala realme Buds Air6 Pro pula berharga RM399. Ia boleh didapati di kedai-kedai realme, pengedar sah, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured