More

    Siri realme GT2 global bakal dilancar pada 28 Februari ini

    realme baru sahaja mengesahkan bahawa mereka akan membawakan siri GT2 di MWC Barcelona. realme GT2 dan realme GT2 Pro akan dilancarkan untuk pasaran global pada 28 Februari ini. Telefon tersebut sebelum ini diumumkan untuk pasaran China pada bulan Januari.

    realme GT2 membawakan paparan AMOLED 6.62 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan cipset Qualcomm Snapdragon 888. realme GT2 Pro dilengkapi paparan LTPO2 AMOLED 6.7 inci yang lebih besar dengan resolusi QHD+ dan kadar penyegaran 120Hz bersama cip Snapdragon 8 Gen 1 perdana yang baharu.

    Dua daripada warna siri GT2 juga didatangkan dengan bahan polimer berasaskan bio yang dibangunkan khas untuk kemasan rasa seperti permukaan kertas. Harga dan ketersediaan masih belum dipastikan. Sama-sama kita nantikan pengumuman siri realme GT2 global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured