More

    Siri realme GT8 akan dilancar pada 21 Oktober 2025, dilengkapi SD 8 Elite Gen 5

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar flagship realme GT8 dan realme GT8 Pro pada hari Selasa, 21 Oktober 2025 di China. Syarikat teknologi itu telah pun mendedahkan beberapa spesifikasi utama dan baru-baru ini turut mendedahkan rekaan dan pilihan warnanya.

    Ia bakal ditawarkan dalam warna biru, hijau dan putih. Bonggol kameranya pula berbentuk bulat dan menempatkan tiga lensa dan satu lampu denyar. Satu ciri menarik adalah tiga lensa itu terdiri daripada dua bulatan dan satu petak, ia pasti bakal menjadi ciri fizikal yang memisahkan siri GT8 daripada lambakan telefon lain.

    realme sudah pun mengumumkan bahawa teknologi kamera dalam telefon ini dibangunkan bersama RICOH IMAGING untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik. Siri telefon ini akan dilengkapi kamera telefoto periskop 200MP yang menawarkan zum optikal 3x dan zum lossless sehingga 12x.

    Untuk spesifikasi, ia bakal mempunyai skrin OLED dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 144Hz, cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan cip R1, bateri 7,000mAh, pengecasan pantas 120W dan rating kalis air IP66/68/69.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured