More

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama dunia

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4 Lite. Ketiga-tiga peranti memberi fokus kepada ketahanan bateri, prestasi permainan dan ciri AI pada harga yang lebih mampu milik. Tumpuan utama sudah tentu terarah kepada realme P4 Power 5G yang hadir dengan bateri Titan 10,001mAh.

    Walaupun baterinya besar, ia masih mengekalkan badan setebal 9.08mm dan berat 219 gram. Peranti turut menyokong pengecasan pantas 80W, pengecasan berbalik 27W serta menggunakan cip MediaTek Dimensity 7400 Ultra 5G. Ia dipadankan dengan paparan HyperGlow 4D Curve+ AMOLED 144Hz yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits. Antara ciri lain termasuk penarafan IP69, IP68 dan IP66, ArmorShell Protection, Corning Gorilla Glass serta realme UI 7.0.

    Bagi segmen pertengahan, realme P4x dilengkapi bateri Titan 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W dan pengecasan berbalik 6W. Ia menggunakan paparan 6.8 inci 120Hz, cip Unisoc T7250, sistem penyejukan grafit 10,000mm² dan teknologi Bypass Charging untuk pengalaman permainan yang lebih stabil. Peranti ini turut menawarkan perlindungan ArmorShell, pensijilan MIL-STD-810H dan penarafan IP64.

    Sementara itu, realme P4 Lite hadir dengan bateri Titan 7,000mAh dalam badan setebal 8.38mm menjadikannya antara telefon pintar 7,000mAh paling nipis dalam kelasnya. Ia turut menggunakan paparan HD+ 120Hz, cip Unisoc T7250, sistem penyejukan grafit 10,000mm² serta pelbagai ciri AI termasuk AI Eraser, AI Clear Face, AI Outdoor Mode dan HyperSignal Antenna System.

    Untuk harga, realme P4 Power 5G dijual pada harga RM1,999 manakala realme P4x dan P4 Lite masing-masing berharga RM999 dan RM699. Ketiga-tiga model boleh didapati bermula 3 Jun 2026 menerusi TikTok Shop rasmi realme. Sempena pelancaran, realme juga menawarkan harga promosi sehingga 5 Jun 2026 dengan realme P4 Power 5G dijual pada RM1,599, realme P4x pada RM679 dan realme P4 Lite pada RM449.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured