More

    Siri realme Q mungkin akan dilancar pada 13 Oktober

    Siri telefon seterusnya daripada jenama realme mungkin adalah telefon kelas pertengahan iaitu realme Q. Menurut sumber, telefon tersebut akan dilancarkan pada hari Selasa, 13 Oktober.

    Sebelum ini, pihak berkuasa TENAA di China telah mendaftarkan telefon dengan nombor model RMX2173, di mana sumber mengatakan adalah telefon realme Q. Pada September tahun lepas, realme Q telah dilancarkan sebagai realme 5 Pro yang dijenamakan semula, jadi masih tidak pasti jika realme Q yang dilancar pada tahun ini akan mempunyai nama yang sama atau tidak.

    Sumber mengatakan realme Q akan dilengkapi skrin OLED, pengimbas cap jari dalam skrin, sokongan rangkaian 5G dan dwi-bateri yang menyokong pengecasan pantas 65W. Jika dilihat pada halaman TENAA untuk RMX2173 pula, ia mempunyai skrin AMOLED 6.43 inci dengan resolusi 2400×1080, RAM 8GB atau 6GB serta storan 128GB atau 256GB.

    Ada sahaja peranti realme yang dilancarkan tiap-tiap bulan ya? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured