More

    Siri realme V50 5G dilancar: Skrin 120Hz FHD+, bateri 5,000mAh, cipset Dimensity 6100+ bermula ~RM790

    realme telah melancarkan dua telefon pintar mampu milik baharu di China iaitu realme V50 dan realme V50s. Walaupun dengan spesifikasi rendah dan harga mampu milik, dua telefon ini boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G untuk mendapatkan kelajuan internet pantas.

    Walaupun dengan dua nama yang berlainan, kedua-dua telefon sebenarnya mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri yang sama. Perbezaannya hanyalah daripada segi kontrak dengan syarikat telekomunikasi di mana realme V50 dipasarkan dengan kontrak, manakala realme V50s tidak terikat dengan mana-mana syarikat telekomunikasi.

    Siri telefon ini mempunyai skrin berukuran 6.72 inci dengan panel LCD, resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 680 nits. Ini adalah spesifikasi skrin yang agak standard untuk telefon kategori ini.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6100 Plus yang dibuat dengan nod proses 6nm untuk prestasi yang boleh diterima untuk telefon kelas pertengahan seperti ini. Ia turut dilengkapi bateri 5,000mAh dan sistem operasi Android 13 dengan antara muka realme UI 4.0.

    Di luar, ia mempunyai bicu audio 3.5mm, port USB-C dan ruang kad memori microSD untuk membesarkan storan.

    realme V50 akan dijual di China pada harga bermula CNY1,199 (~RM790) untuk varian 6GB+128GB, manakala realme V50s pula pada harga bermula CNY1,499 (~RM980) untuk varian 6GB+128GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme China

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured