More

    Siri Red Magic 10 Pro bakal dilancar dengan reka bentuk rata dan skrin tanpa kamera swafoto

    Red Magic, sub-jenama gaming Nubia akan melancarkan siri Red Magic 10 Pro pada 13 November 2024. Reka bentuk dan pilihan warna siri ini telah muncul sambil mengekalkan reka bentuk rata tanpa bonjolan kamera seperti siri Red Magic 9 Pro sebelumnya. Siri Red Magic 10 Pro hadir dalam empat pilihan warna iaitu Dark Night, Day Warrior, Deuterium Transparent Dark Night dan Deuterium Transparent Silver Wing.

    Bahagian hadapan tidak membawa lubang kamera memberikan pengalaman skrin penuh untuk game dan media. Siri Red Magic 10 Pro memiliki modul kamera rata dengan tiga kamera di belakang dan cincin LED RGB terletak di bawah dua lensa utama. Logo “X” yang melambangkan edisi ke-10 siri Red Magic turut terpampang di bahagian belakang.

    Di sebelah kanan peranti terdapat butang khas untuk gaming, penyejukan kipas, butang suara, butang kuasa dan suis mod manakala kipas penyejukan tambahan terletak di sebelah kiri. Varian lutsinar menampilkan elemen-elemen halus di belakang termasuk logo Snapdragon 8 Elite memberikan rupa yang lebih unik dan futuristik.

    Daripada segi spesifikasi, Red Magic 10 Pro dilengkapi panel OLED 6.86 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz untuk visual yang lancar. Varian Pro+ menawarkan skrin lebih besar, RAM sehingga 24GB dan storan hingga 1TB. Kedua-dua model dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite bersama cip permainan R3 yang dibangunkan sendiri oleh Nubia untuk prestasi gaming yang dipertingkat.

    Model Pro+ turut dilengkapi bateri besar 7,050mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W yang sangat sesuai untuk sesi gaming yang panjang. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured