More

    Siri Red Magic 11 Pro rasmi dengan SD 8 Elite Gen 5, penyejukan cecair aktif dan bateri hingga 8000mAh

    RED MAGIC hari ini secara rasmi memperkenalkan siri telefon gaming terbaharu iaitu RED MAGIC 11 Pro dan 11 Pro+ di China. Siri ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan skor 4.35 juta mata di AnTuTu 11. Kedua-duanya turut disertakan dengan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan UFS 4.1 PRO sehingga 1TB.

    Siri 11 Pro menggunakan skrin 6.85 inci OLED BOE X10 beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, sokongan warna 10-bit dan kecerahan puncak 2000 nits. Ia turut menyokong PWM dimming 2592Hz dan kadar tindak balas sentuhan 960Hz. Kedua-dua model dilengkapi Ultra Graphics Engine 3.0 dan cip RedCore R4 yang membolehkan permainan disesuaikan ke resolusi 2K pada 144Hz.

    Menariknya, versi China hadir dengan emulator PC terbina untuk membolehkan pengguna menjalankan perisian desktop terus dari telefon. Bagi sistem penyejukan, RED MAGIC memperkenalkan inovasi baharu yang menggabungkan penyejukan cecair dan udara aktif. Ia menggunakan micropump seramik yang menyalurkan penyejuk melalui saluran mikro.

    Kedua-dua model menawarkan cip sentuhan Synaptics 3000Hz, pencetus bahu 520Hz dan pengimbas cap jari ultrasonik 3D. Ia menjalankan REDMAGIC OS 11 berasaskan Android 16 dan disertakan pembantu AI baharu dikenali sebagai MORA. Untuk kamera, siri RED MAGIC 11 dilengkapi sensor utama 50MP (f/1.88, OIS), ultra lebar 50MP dengan pandangan 120° dan kamera hadapan 16MP di bawah paparan daripada OmniVision.

    Ia menyokong rakaman 8K 60fps dan 4K 144fps. Bateri turut menjadi antara kelebihan utama RED MAGIC 11 Pro dengan kapasiti 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W manakala 11 Pro+ menawarkan kapasiti 7500mAh dengan pengecasan 120W berwayar dan 80W wayarles. Siri RED MAGIC 11 Pro dijual bermula 4,999 yuan (~RM3,290) dan boleh mencecah 9,899 yuan (~RM6,520) bagi edisi khas Golden Saga.

    Pelancaran global dijadualkan pada 7 November. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: nubia 1|2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured