More

    Siri Red Magic 8 Pro dilancar: SD 8 Gen 2, skrin 6.8″ 120Hz dengan sampel sentuh 960Hz bermula ~RM2,540

    Selepas beberapa siri pendedahan menegenainya, hari ini nubia mengumumkan telefon pintar gaming siri Red Magic 8 Pro. Siri tersebut merangkumi dua buah model iaitu ZTE nubia Red Magic 8 Pro dengan bateri 6,000 mAh dan pengecasan pantas 80W serta ZTE nubia Red Magic 8 Pro+ dengan bateri 5,000 mAh dan pengecasan pantas 165W.

    Versi Plus hadir dengan lebih banyak pilihan RAM dan storan tetapi nubia mengekalkan set keseluruhan ciri dan reka bentuk yang sama. Kedua-dua varian Pro dan Pro+ berkongsi cipset, kamera dan perisian yang sama.

    Siri nubia Red Magic 8 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan dengan cip Red Magic R2 untuk kesan gaming yang lebih baik seperti butiran bunyi yang dipertingkatkan, warna, kepekaan sentuhan dan maklum balas getaran haptik.

    Skrin menggunakan panel AMOLED FHD+ 6.8 inci, kadar penyegaran 120 Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 960 Hz.

    Menariknya, kamera swafoto 16 MP berada di bawah paparan. Bahagian belakang terdapat kamera utama dengan sensor Samsung ISOCELL GN5 50 MP yang bersaiz 1/1.57” dan mempunyai piksel 1.0μm. Terdapat juga kamera ultra lebar 8MP dan makro 2 MP.

    nubia Red Magic 8 Pro mempunyai ciri penyejukan ICE 11.0 termasuk berbilang lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D bersaiz 2,068 mm. nubia juga menambah baik reka bentuk telefon untuk sambungan yang lebih baik dengan sembilan antena berasingan di sekeliling badan.

    Terdapat bicu audio 3.5 mm di bahagian atas dan port USB-C untuk mengecas di bahagian bawah. Butang kekunci di bahagian atas membawa sokongan untuk pensampelan sentuhan 520 Hz. Harga nubia Red Magic 8 Pro bermula daripada CNY3,999 (~RM2,540) dan tersedia dalam warna hitam. Terdapat tiga pilihan untuk memori iaitu 8/128GB, 8/256GB dan 12/256GB.

    nubia Red Magic 8 Pro+ juga mempunyai tiga varian memori iaitu 12/256GB, 16/512GB dan 16/1TB. Harganya bermula daripada CNY5,199 (~RM3,302) untuk versi hitam dan versi lut sinar ialah CNY5,399 (~RM3,430). Adakah anda berminat dengan salah satu peranti ini?

    "
    "

    Setakat ini, tiada maklumat rasmi tentang keberadaanya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: nubia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...