More

    Siri Redmi Note 11 akan dilancar pada 26 Januari 2022

    Siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note merupakan antara telefon terlaris daripada Redmi dan kini siri yang terbaru untuk tahun ini, Redmi Note 11, bakal dilancar untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

    Dalam sebuah ciapan oleh @Xiaomi, Redmi Note 11 akan dilancar pada hari Rabu, 26 Januari 2022 jam 8:00 malam waktu Malaysia. Ia akan disiarkan secara langsung di YouTube, Facebook dan laman web Xiaomi. Ciapan itu menunjukkan dua warna iaitu oren dan biru, menandakan bahawa ia mungkin akan ditawarkan dalam dua varian utama.

    Sebelum ini, siri Redmi Note 11 telah pun dilancar di China pada Oktober 2021 dan terdiri daripada Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro Plus.

    Redmi Note 11 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810 5G, skrin LCD 90Hz 6.6 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W, kamera 50MP+8MP+2MP, kamera swafoto 16MP dan MIUI 12.5.

    Redmi Note 11 Pro pula dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 920 5G, skrin OLED Full HD+ 120Hz 6.67 inci, bateri 5,160mAh, pengecasan pantas 67W, kamera 108MP+8MP+2MP, kamera swafoto 16MP, pembesar suara stereo dan MIUI 12.5.

    Redmi Note 11 Pro Plus dilengkapi reka bentuk dan spesifikasi yang serupa dengan Redmi Note 11 Pro kecuali pada baterinya iaitu 4,500mAh dan kadar pengecasan pantas iaitu 120W.

    Setakat ini masih tiada maklumat varian manakah yang akan ditawarkan untuk pasaran antarabangsa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured