More

    Siri Redmi Note 11 dilancar: Miliki Dimensity 920, skrin 120Hz 6.67″ dan pengecasan 120W bermula ~RM780

    Xiaomi memperkenalkan tiga telefon baharu dalam siri Redmi Note 11 di China hari ini. Siri tersebut terdiri daripada Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+. Kedua-dua peranti Pro memiliki reka bentuk yang sama kecuali varian Plus yang menggunakan pengecasan pantas 120W, manakala varian Pro mempunyai bateri yang lebih besar.

    Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+ mempunyai panel skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Terdapat lubang tebuk (punch hole) yang menempatkan kamera swafoto yang kecil pada diameter hanya 2.96mm.

    Bahagian dalamnya menggunakan cipset Dimensity 920 dan terdapat pilihan tiga versi memori iaitu 6/128GB, 8 /128GB dan 8 /256GB. Ciri yang paling mengagumkan bagi Redmi Note 11 Pro+ ialah pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas bateri berkapasiti 4,500 mAh dalam masa kira-kira 15 minit.

    Untuk membuktikannya, Xiaomi menampilkan seorang penghibur di atas pentas dan menuruhnya untuk menahan nafas selama 15 minit dan 5 saat semasa unit demo sedang mengecas. Bagi varian pro, kadar pengecasannya 67W dan mempunyai bateri berkapasiti 5,160mAh.

    Bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 108MP dengan sensor Samsung HM2, kamera ultra-lebar 8MP dengan 120 darjah FoV dan kamera makro 2MP. Kamera swafotonya mempunyai sensor 16MP.

    Telefon ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo yang ditala oleh JBL. Kedua-dua telefon Redmi Note 11 Pro mempunyai slot dwi-SIM yang menggunakan paparan antara muka MIUI 12.5 yang beroperasi atas Android 11. Namun, tiada slot untuk mikroSD.

    Redmi Note 11 memiliki reka bentuk sama seperti varian Pro tetapi terdapat beberapa penurunan daripada segi spesifikasi. Ia menggunakan cipset Dimensity 810 dan tersedia dalam empat pilihan memori iaitu 4/128GB, 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB.

    Bahagian hadapannya dilengkapi LCD 6.6 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz. Bahagian belakang terdapat dua kamera iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP. Redmi Note 11 mempunyai kamera swafoto 16MP.

    "
    "

    Note 11 mempunyai pengecasan pantas 33W dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia mampu mengecas dari 0 hingga 100% dalam 62 minit. Pengimbas cap jari terletak pada butang kuasa di bahagian tepi. Spesifikasi lain telefon ini ialah bicu audio 3.5 mm, pembesar suara stereo dan sensor IR serta paparan antara muka MIUI 12.5 beroperasi atas Android 11. Sama seperti varian Pro, Redmi Note 11 juga tidak mempunyai slot mikro SD.

    Redmi Note 11 akan tersedia dalam warna Gradient, Black dan Mint Blue bermula dari CNY1,199 (~RM780). Redmi Note 11 Pro akan menyusul pada 5 November dalam warna hitam, Aurora Gradient, Violet dan Forest Green. Harga bermula dari CNY1,699 (~RM1,100). Redmi Note 11 Pro+ pula bermula CNY1,999 (~RM1,300).

    Menariknya, Redmi Note 11 Pro+ akan mempunyai pilihan reka bentuk Yibo yang berwarna hijau dengan reka bentuk jalur dan mempunyai kesan 3D logo Redmi. Ia berharga CNY2,699 (~RM1,750) dan akan dilancarkan pada 11 November.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti Xiaomi terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured