More

    Siri Redmi Note 11 mungkin dijual bermula ~RM810, lebih mahal berbanding siri Redmi Note 10

    Xiaomi bakal melancarkan Redmi Note 11S bersama Redmi Note 11 di India pada 9 Februari. Syarikat tersebut telahpun melakukan pelancaran untuk pasaran globalnya pada 26 Januari di China. Menurut Yogesh Brar (@heyitsyogesh), Redmi Note 11S akan bermula pada ₹16,999 (~RM952)atau ₹17,499 (~RM980) manakala Redmi Note 11 akan berharga ₹13,999 a(~RM784) tau ₹14,499 (~RM812) untuk varian standard.

    Harga peranti mungkin lebih mahal daripada Redmi Note 10 dan Redmi Note 10S. Redmi Note 11S ini hampir sama dengan Redmi Note 11 Pro 4G yang mempunyai paparan FHD+ AMOLED 90Hz 6.43 inci, cipset MediaTek Helio G96, LPDDR4x RAM, storan UFS 2.2, empat kamera 108MP (lebar) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth), kamera swafoto 16MP, dwi pembesar suara stereo, ​​sensor cap jari lekap di tepi, MIUI 13 berdasarkan Android 11, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Manakala, Redmi Note 11 menampilkan paparan FHD+ AMOLED 90Hz 6.43 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 680, LPDDR4x RAM, storan UFS 2.2, empat kamera 50MP (lebar) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman), kamera swafoto 13MP, dwi pembesar suara stereo, sensor cap jari pada di tepi, MIUI 13 berdasarkan Android 11, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Peranti ini akan tiba di Malaysia pada 10 Februari dan boleh ditonton secara langsung di laman Facebook mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...