More

    Siri Redmi Note 12 dilengkapi kamera Sony IMX766, bakal dilancar pada 27 Oktober ini

    Redmi secara rasmi mengumumkan beberapa butiran mengenai Redmi Note 12 Pro yang akan datang. Redmi Note 12 Pro akan menggunakan kamera utama dengan sensor Sony IMX766 1/1.56″ dan piksel besar gabungan 2μm. Ia juga akan menyokong penstabilan imej optikal. Tidak banyak telefon pintar jarak pertengahan yang menyokong penstabilan imej optikal.

    Acara pelancaran produk baharu siri Redmi Note 12 akan diadakan pada 27 Oktober. Jika dilihat pada poster rasmi, siri Redmi Note 12 akan menggunakan modul kamera segi empat tepat. Ia akan mempunyai tiga kamera belakang yang disusun secara mendatar. Daripada segi konfigurasi, Redmi Note 12 akan menggunakan cip Dimensity 1080 6nm.

    Pemproses ini mempunyai reka bentuk seni bina CPU okta-teras. Ia termasuk dua teras ARM Cortex-A78 pada kadar 2.6GHz dengan GPU ARM Mali-G68. Selain itu, Redmi Note 12 disertakan dengan pengecas 67W. Walau bagaimanapun, Note 12 Pro dan Note 12 Pro+ masing-masing menyokong pengecasan pantas 120W dan 210W.

    Pada bulan September tahun ini, telefon baharu Xiaomi melepasi pensijilan 3C. Antaranya, model 22101316C dijangka Redmi Note 12 yang dilengkapi dengan pengecas MDY-12-EF sehingga 67W model 22101316UCP dan 22101316UC dijangka masing-masing adalah Redmi Note 12 Pro dan Pro + dengan pengecasan pantas 120W dan 210W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...