More

    Siri Redmi Note 12 Pro dilancar: Dimensity 1800, cas pantas 210W dan kamera 200MP bermula ~RM1,110

    Selepas banyak acahan yang didedahkan sebelum ini, akhirnya siri Redmi Note 12 Pro dilancarkan hari ini. Siri ini membawakan tiga peranti iaitu Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro Plus dan Redmi Note 12 Explorer Edition. Perlu dinyatakan bahawa ketiga-tiga peranti ini yang agak serupa tetapi berbeza daripada segi spesifikasi.

    Semua model menggunakan paparan OLED FHD+ lubang tebuk berpusat 6.67 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080 piksel, kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz, pemalapan PWM 1920Hz dan peredupan 16,000 tahap. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1800 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2.

    Tambahan, Pro dan Pro Plus mempunyai bateri 5,000mAh tetapi Edisi Explorer hanya dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,300mAh. Dalam siri ini, ia menyokong pengecasan pantas 67W, 120W dan 210W. Beberapa perbezaan utama adalah daripada segi spesifikasi kamera.

    Varian Pro menggunakan kamera utama Sony IMX766 50MP dengan sensor 1/1.56 inci lensa 6P, apertur f/1.88 dan OIS. Sementara itu, Pro Plus dan Edisi Explorer hadir dengan kamera utama Samsung ISOCELL HPX 200MP bersaiz 1/1.4 inci. Ia mempunyai lensa 7P, salutan ALD, apertur f/1.65 dan OIS.

    Selain kamera utama, semua model berkongsi kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP yang sama. Mereka juga mempunyai kamera swafoto 16MP yang sama. Harga siri Redmi Note 12 Pro bermula dari 1,699 Yuan (~RM1,110) hingga 2,399 Yuan (~RM1,563). Peranti ini akan tersedia dalam warna hitam, putih dan biru.

    Walau bagaimanapun, varian Pro mempunyai pilihan warna Violet manakala Edisi Explorer hanya mempunyai satu pilihan warna iaitu hitam. Apakah pendapat anda tentang peranti Redmi Note 12 Pro baharu ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured