More

    Siri Redmi Note 13 akan mendapat kemas kini Android 3 tahun

    Xiaomi bakal memperkenalkan telefon pintar siri Redmi Note 13 untuk pasaran global pada 4 Januari ini. Senarai peranti yang akan dilancarkan ialah Redmi Note 13 5G , 13 Pro 5G dan Note 13 Pro+ 5G. Menurut sumber, siri Note 13 akan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 14 dan bukannya HyperOS.

    Peranti akan mendapat kemas kini Android selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun. Walau bagaimanapun, siri Redmi Note 13 tidak akan menerima HyperOS dalam masa terdekat. Peranti tersebut dijangka menawarkan spesifikasi yang sama seperti varian China.

    Barisan Note 13 mempunyai skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Model standard bakal menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6080 manakala Note 13 Pro menggunakan cipset Snapdragon 7 Gen 2 dan Note 13 Pro+ pula dilengkapi cipset Dimensity 7200 Ultra. Ketiga-tiga model didatangkan dengan kamera swafoto 16MP.

    Redmi Note 13 menampilkan kamera utama 100MP dan sensor kedalaman 2MP manakala Note 13 Pro dan Pro+ pula didatangkan dengan kamera utama 200MP, lensa ultra lebar 8MP serta kamera makro 2MP. Redmi Note 13 5G dan 13 Pro+ 5G mempunyai bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W dan 120W.

    Note 13 Pro 5G pula dilengkapi dengan bateri 5,100 mAh dan menawarkan sokongan untuk pengecasan pantas 67W. Ketiga-tiga telefon pintar mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan dan penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured