More

    Siri Redmi Note 14 rasmi di Malaysia dengan SD 7s Gen 3, kamera 200MP dan cas pantas 120W bermula RM699

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran siri Redmi Note 14 dan beberapa aksesori tambahan seperti siri Redmi Buds 6, Redmi Watch 5, bank kuasa dan banyak lagi untuk pasaran Malaysia. Siri terbaru ini merangkumi empat model iaitu Redmi Note 14 Pro+ 5G, Redmi Note 14 Pro 5G, Redmi Note 14 5G dan Redmi Note 14.

    Siri Redmi Note 14 dilengkapi sistem kamera AI canggih yang direka untuk fotografi bertaraf andalan. Model Pro hadir dengan kamera AI 200MP yang disokong penstabilan imej optik (OIS) dengan pelbagai pilihan zoom hingga 30x zoom digital. Sementara itu, Redmi Note 14 dan Redmi Note 14 5G menggunakan kamera AI 108MP.

    Bagi kamera hadapan, kesemua model dalam siri ini dilengkapi kamera 20MP dengan sudut lebar 0.8x. Tambahan, ciri-ciri kreatif seperti Dynamic Shots, Dual Video dan fungsi AI seperti AI Image Expansion serta AI Erase Pro menjadikan pengalaman fotografi lebih menarik. Rekaan siri Redmi Note 14 memenuhi keperluan harian dengan ketahanan terhadap jatuhan, percikan air dan calar.

    Model Pro+ 5G dan Pro 5G dilengkapi struktur All-Star Armor serta kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 yang memberikan ketahanan maksimum. Model lain dilengkapi kaca Corning Gorilla Glass 5 manakala tahap perlindungan terhadap air dan debu merangkumi IP68 untuk model Pro+ 5G, IP64 untuk model 5G dan IP54 bagi Redmi Note 14.

    Redmi Note 14 Pro+ 5G menampilkan cip pemproses Snapdragon 7s Gen 3 yang berasaskan teknologi 4nm manakala model lain menggunakan cip MediaTek dan Helio. Kapasiti bateri antara 5110mAh hingga 5500mAh disokong teknologi pengecasan pantas sehingga 120W HyperCharge.

    Dengan daya tahan sehingga 1,600 kitaran pengecasan, bateri siri Redmi Note 14 direka untuk ketahanan jangka panjang. Siri ini turut menampilkan paparan 120Hz dengan teknologi penjagaan mata. Model Pro memberikan resolusi 1.5K dan tahap kecerahan sehingga 3000 nits.

    Kesemua model kini boleh didapati di kedai Xiaomi seluruh negara dan platform dalam talian seperti mi.com, Shopee dan Lazada. Harga bermula dari RM XXX bergantung pada model dan kapasiti storan. Dari 11 Januari hingga 15 Januari, pelanggan yang membuat tempahan siri Redmi Note 14 Pro terpilih akan menerima hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 1,537 termasuk Set Hadiah Eksklusif BamBam Edisi Terhad, selagi stok masih ada.

    Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana Redmi Note 14 Pro di kedai Xiaomi dari 11 Januari hingga 15 Januari juga akan menerima Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact secara PERCUMA (bernilai RM 459), selagi stok masih ada. Pengambilan telefon pintar baru mesti dilakukan antara 16 Januari hingga 19 Januari.

    "
    "

    Spesifikasi lengkap Redmi Note 14:

    • Skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi 2400 x 1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1800 nits, Gorilla Glass 5, TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset MediaTek Helio G99-Ultra (6nm)
    • GPU: Mali-G57 MC2
    • Kamera belakang: 108MP (f/1.7), 2MP kedalaman (f/2.4) dan 2MP makro (f/2.4)
    • Kamera hadapan: 20MP (f/2.2)
    • Bateri berkapasiti 5500mAh dengan pengecasan 33W Turbo Charging
    • IP54 kalis debu & percikan
    • Berat: 196.5g
    • Dimensi: 163.25mm x 76.55mm x 8.16mm
    • Warna: Mist Purple, Ocean Blue, Lime Green dan Midnight Black
    • Harga: 8/256GB – RM 699

    Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 5G:

    • Skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi 2400 x 1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2100 nits, Gorilla Glass 5, TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset MediaTek Dimensity 7025-Ultra (6nm)
    • GPU: IMG BXM-8-256
    • Kamera belakang: 108MP (OIS, f/1.7), 8MP ultra lebar (f/2.2) dan 2MP makro (f/2.4)
    • Kamera hadapan: 20MP (f/2.2)
    • Bateri berkapasiti 5,110mAh dengan pengecasan 45W Turbo Charging
    • IP64 kalis debu & percikanBerat: 190g
    • Dimensi: 162.4mm x 75.7mm x 7.99mm
    • Warna: Lavender Purple, Coral Green dan Midnight Black
    • Harga: 6/128GB – RM799

    Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 Pro 5G:

    • Skrin CrystalRes AMOLED 6.67 inci beresolusi 2712 x 1220 (1.5K), kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3000 nits, Gorilla Glass Victus 2, TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra (4nm)
    • GPU: Mali-G615 MC2
    • Kamera belakang: 200MP (OIS, f/1.65), 8MP ultra lebar (f/2.2) dan 2MP makro (f/2.4)
    • Kamera hadapan: 20MP (f/2.2)
    • Bateri berkapsiti 5,110mAh dengan pengecasan 45W Turbo Charging
    • IP68 kalis air & debu
    • Berat: 190g
    • Dimensi: 162.33mm x 74.42mm x 8.4mm
    • Warna: Lavender Purple, Coral Green dan Midnight Black
    • Harga: 8/256GB – RM1,199

    Spesifikasi lengkap Redmi Note 14 Pro+ 5G:

    • Skrin CrystalRes AMOLED 6.67 inci beresolusi 2712 x 1220 (1.5K), kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3000 nits, Gorilla Glass Victus 2, TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset Snapdragon® 7s Gen 3 (4nm)
    • GPU: Qualcomm® Adrenoâ„¢
    • Kamera belakang: 200MP (OIS, f/1.65), 8MP ultra lebar (f/2.2) dan 2MP makro (f/2.4)
    • Kamera hadapan: 20MP (f/2.2)
    • Bateri berkapsiti 5,110mAh dan pengecasan 120W HyperCharge
    • IP68 kalis air & debu
    • Berat: 210.14g
    • Dimensi: 162.53mm x 74.67mm x 8.75mm
    • Warna: Lavender Purple, Frost Blue dan Midnight Black
    • Harga: 12/256GB – RM1,699

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured