More

    Siri Redmi Note 9 dilancar: Snapdragon 750G, kamera kuad 108MP, 120Hz bermula ~RM617

    Semalam, Redmi telah melancarkan siri Redmi Note 9 baharu di pasaran China. Anda diingatkan untuk tidak keliru dengan siri Redmi Note 9 terdahulu yang dilancar di negara Malaysia. Siri baru ini dilengkapi dengan spesifikasi menarik dan harga bermula pada 999 Yuan (~RM617).

    Sebelum ini, terdapat Redmi Note 9T yang dilapor muncul dalam penyenaraian SIRIM. Jadi, peminat mungkin boleh menantikan kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia.

    Redmi Note 9 Pro 5G

    Varian tertinggi Redmi Note 9 Pro 5G dilengkapi Gorilla Glass 5, sokongan rating tahan air dan debu IP53, NFC, GPS dwi-frekuensi, IR Blaster dan bicu audio 3.5mm. Ia turut hadir dengan dua pembesar suara linear yang menjadikannya sebagai siri Redmi Note pertama bersama pembesar suara linear.

    Anda boleh menyemak spesifikasi asas Redmi Note 9 Pro 5G seperti di bawah.

    • Skrin LCD 6.67 inci
    • Cipset Snapdragon 750G
    • RAM 6GB/8GB + storan 128GB/256GB
    • 4 kamera belakang, 108MP (kamera utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) + 2MP (sensor kedalaman potret)
    • Kamera swafoto 16MP
    • 4820mAh
    • Cas pantas 33W
    • Sokongan kadar segar semula 120Hz + kadar bacaan sentuhan 240Hz (high sampling rate)
    • Menyokong sensor cap jari di sisi peranti
    • Pilihan warna: Gradien Oren-Biru, Biru dan Kelabu Hitam

    Redmi Note 9 5G

    Redmi Note 9 5G mempunyai rekaan luaran yang hampir sama dengan Redmi Note 9 5G, tetapi berbeza pilihan warna, spesifikasi dan harga. Peranti ini memiliki skrin 6.53 inci LCD dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga hadir dengan spesifikasi kamera yang berbeza iaitu tiga kamera utama 48MP.

    Ia turut menyokong IR Blaster, bicu audio 3.5mm da Bluetooth 5.1. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

    • Skrin LCD 6.53 inci
    • Cipset Dimensity 800U
    • RAM 6GB/8GB + storan 128GB/256GB
    • 3 kamera belakang, 48MP (kamera utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro)
    • Kamera swafoto 13MP
    • 5000mAh
    • Cas pantas 18W
    • Menyokong sensor cap jari di sisi peranti
    • Pilihan warna: Pilihan warna Lake & Autumn, Blue Sea & Stars dan Silent Starry Sky

    Redmi Note 9 4G

    Redmi Note 9 4G pula memiliki rekaan dan spesifikasi yang berbeza dengan model Redmi 9 lain. Ia juga merupakan versi 4G berbanding model 5G yang lain. Namun, Redmi Note 9 4G memiliki bateri berkapasiti besar 6000mAh.

    Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

    "
    "
    • Skrin LCD 6.53 inci
    • Cipset Snapdragon 662
    • RAM 4GB/6GB/8GB + storan 128GB/256GB
    • 3 kamera belakang, 48MP (kamera utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro)
    • Kamera swafoto 8MP
    • 6000mAh
    • Cas pantas 18W
    • Menyokong sensor cap jari di sisi peranti
    • Pilihan warna: Dawn Orange, Foggy Green, Soke Wave Blue dan Feather Black

    Selain siri Redmi Note 9 baru ini, Redmi turut melancarkan jam tangan pintar baharu Redmi Watch di pasaran China.

    Di pasaran China, harga siri Redmi Note baharu adalah seperti di bawah. Setakat ini, kami masih tiada maklumat jelas mengenai kemasukan peranti ini di pasaran Malaysia selain daripada salah satu modelnya yang diberi nama berbeza Redmi Note 9T.

    Harga Redmi Note 9 Pro:

    • 6GB+128GB 1599 yuan (~RM989)
    • 8GB+128GB 1799 yuan (~RM1112)
    • 8GB+256GB 1999 yuan (~RM1236)

    Harga Redmi Note 9 5G:

    • 6GB+128GB 1299 yuan (~RM803)
    • 8GB+128GB 1499 yuan (~RM927)
    • 8GB+256GB 1699 yuan (~RM1050)

    Harga Redmi Note 9 4G:

    • 4GB+128GB 999 yuan (~RM617)
    • 6GB+128GB 1099 yuan (~RM679)
    • 8GB+128GB 1299 yuan (~RM803)
    • 8GB+256GB 1499 yuan (~RM927)

    Apakah pandangan anda mengenai siri Redmi Note 9 baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...