More

    Siri REDMI Pad 2 9.7 tiba di Malaysia dengan SD 6s Gen 2 dan skrin 2K bermula RM569

    Xiaomi secara rasmi melancarkan siri REDMI Pad 2 9.7 di Malaysia yang menawarkan reka bentuk kompak dengan spesifikasi dipertingkat dan harga mesra poket. Siri ini merangkumi dua model iaitu REDMI Pad 2 9.7 dan REDMI Pad 2 9.7 4G. Kedua-dua model dilengkapi skrin 9.7 inci resolusi 2K dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz serta kecerahan maksimum 600 nits.

    Ia turut hadir dengan pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata. Untuk prestasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 6s 4G Gen 2 berasaskan proses 6nm dengan peningkatan prestasi sekitar 34% dan skor AnTuTu melebihi 400,000. Tablet direka untuk penggunaan harian, penstriman dan gaming ringan tanpa isu besar.

    Bateri 7600mAh menjadi antara kekuatan utama, dengan Xiaomi mendakwa ia mampu bertahan sehingga 1.7 hari penggunaan. Ini dipadankan dengan sistem pengurusan haba yang dipertingkat untuk sesi penggunaan lebih lama. Siri REDMI Pad 2 9.7 menjalankan Xiaomi HyperOS 3 lengkap dengan fungsi seperti interconnectivity antara peranti Xiaomi dan Circle to Search oleh Google.

    Reka bentuk turut diberi perhatian dengan profil setebal 7.4mm, kemasan metal unibody dan pilihan warna Graphite Gray serta Silver. Varian 4G tampil dengan rekaan jalur penuh di belakang bersama modul kamera gaya waterdrop. Kedua-dua model juga melepasi lebih 40 ujian ketahanan.

    Di Malaysia, REDMI Pad 2 9.7 ditawarkan pada harga RM569 untuk varian 4/64GB dan RM599 bagi 4/128GB manakala versi REDMI Pad 2 9.7 4G pula bermula RM649 untuk 4/64GB dan meningkat kepada RM699 bagi konfigurasi 4/128GB. Semua pembelian didatangkan dengan sarung percuma.

    Siri REDMI Pad 2 9.7 kini sudah mula dijual di Malaysia melalui semua saluran rasmi termasuk kedai fizikal, laman web rasmi serta platform e-dagang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured