More

    Siri Redmi terbaru dengan harga mesra poket, bateri 6000mAh, cas pantas 22.5W akan dilancar

    Beberapa peranti Redmi baharu dilihat mula muncul dengan spesifikasi yang tertiris. Terkini, spesifikasi salah satu varian peranti Redmi baharu pula muncul dengan ciri bateri berkapasiti besar 6000mAh dan cas pantas 22.5W. Memandangkan ia telah disenaraikan dalam TENAA, ia dijangka akan dilancar dalam waktu yang terdekat.

    Satu peranti Redmi baharu dengan nombor model M2010J19SC dilihat akan dilengkapi bateri besar 5900mAh (dikira dalam nilai 6000mAh), cas pantas 22.5W, berukuran 162.29 x 77.24 x 9.6mm dengan paparan bersaiz 6.53 inci.

    Berdasarkan sumber yang lain, peranti ini bakal dilengkapi skrin LCD beresolusi 1080 x 2340 piksel, pemproses 2.0GHz teras-okta dengan berat 196g. Ia turut diramal akan memiliki tiga kamera belakang 48MP dan kamera hadapan 16MP. Setakat ini, peranti ini masih tidak mempunyai nama rasmi. Ia didakwa sebagai varian dalam siri Redmi terbaru, mungkin Redmi Note 10 4G.

    Peranti ini turut dikaitkan dengan beberapa peranti lain dengan nombor model M2007J22C dan M2007J17C. Dua peranti terdahulu ini dirujuk sebagai Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G. Memandangkan namanya masih tidak rasmi, lebih selamat untuk kita ramalkan sahaja siri Redmi baharu bakal hadir, dua peranti menyokong 5G dan peranti yang baharu muncul hari ini menyokong 4G.

    Melihatkan kepada spesifikasinya dan sokongan 4G, ia mungkin adalah salah satu varian Redmi dengan harga berpatutan. Apa pun, mungkin kita boleh melihat berita yang lebih jelas pada hari-hari yang akan datang.

    Apakah pandangan anda mengenai berita ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai Redmi disini!

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured