More

    Siri ROG 5s dilancar di Malaysia: Miliki SD 888+, skrin 144Hz dan RAM 18GB bermula ~RM2,999

    Hari ini, ASUS ROG Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon ROG 5s dan ROG 5s Pro. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 888+, kadar persampelan sentuh 360Hz dan perubahan reka bentuk yang ketara. Mari kita lihat spesifikasi yang ditampilkan oleh kedua-dua telefon ini.

    Spesifikasi ROG 5s:

    • Paparan AMOLED HDR10+ 6.78 inci
    • Cipset Snapdragon 888+
    • Storan dalaman 8/16GB RAM+ 128/256GB
    • Kamera utama SONY IMX686 64MP+ ultra-lebar 13MP + makro 5MP
    • Kamera swafoto 24MP
    • Bateri berkapasiti 6,000mAh
    • Sokongan pengecasan pantas 65W
    • Segar semula skrin 144Hz + kadar pensampelan sentuhan 360Hz
    • Warna: Phantom Black & Storm White

    Spesifikasi ROG 5s Pro:

    • Paparan AMOLED HDR10+ 6.78 inci
    • Cipset Snapdragon 888+
    • Storan dalaman RAM 18GB + 512GB
    • Kamera utama SONY IMX686 64MP + ultra-lebar 13MP + makro 5MP
    • Kamera swafoto 24MP
    • Bateri berkapasiti 6,000mAh
    • Sokongan pengecasan pantas 65W
    • Segar semula skrin 144Hz + kadar pensampelan sentuhan 360Hz
    • Warna: Phantom Black

    Reka bentuk ROG 5s sama seperti ROG 5s Pro. Namun, ROG 5s Pro mempunyai skrin AMOLED dan logo di belakangnya mempunyai sokongan pencahayaan RGB yang dapat diubah mengikut warna yang anda suka.

    Daripada segi skrin, siri ROG 5s menggunakan skrin Samsung E4 AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 144Hz dengan resolusi 2,448 x 1,080 (kira-kira 20: 9). Selain itu, ia mempunyai kadar pensampelan sentuhan 360Hz serta menyokong gamut warna lebar 111% DCI-P3, standard warna Delta-E <1 dan HDR 10+.

    Daripada segi teknologi teras, siri ROG 5s menggunakan cipset Snapdragon 888+ 5G 2.995GHz serta bahagian AI telah ditambah baik dan prestasinya telah meningkat sebanyak 25%. Storan dalaman pada siri ini tersedia dengan beberapa pilihan iaitu 8GB + 128GB dan 16GB + 256GB untuk ROG 5s serta 18GB + 256GB untuk ROG 5s Pro.

    Daripada segi jangka hayat bateri, siri ROG 5s mempunyai kapasiti bateri sebesar 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W yang mana ia dapat mengecas 70% kuasa dalam 30 minit dan cas sepenuhnya dalam masa 51 minit.

    Selain itu, pelesapan haba juga ditingkatkan dengan cip pemproses diletakkan di tengah dan cecair 3D menyerap haba tersebut lalu disejukkan oleh kipas aerodinamik yang dapat mengurangkan suhu permukaan hingga 15 darjah.

    Siri ROG 5s juga mempunyai dua pembesar suara menghadap ke hadapan yang dapat mencegah tapak tangan menyekat lubang suara ketika memegang telefon ini serta mengelakkan kelantangan saluran kiri dan kanan tidak seimbang.

    Ia menjadikan suara yang keluar sesuai dengan kesan tiga dimensi. Daripada segi kamera, siri ROG 5s mengekalkan kamera utama 64MP + ultra-lebar 13MP + makro 5MP dan kamera swafoto 24MP.

    "
    "

    Maklumat harga dan diskaun

    ASUS ROG 5s 8GB+128GB berharga RM2,999 dan 16GB+256GB berharga RM3,799 manakala ROG 5s Pro 18GB+512GB berharga RM4,999.

    ASUS ROG hadir dengan sarung telefon dan filem pelindung LOGING ARMO siri ROG 5s yang berharga RM199 dan RM79. Siri ASUS ROG 5s tersedia untuk pra-tempahan dari 8 Oktober hingga 24 Oktober!

    Kepada yang berminat, anda boleh pergi ke Lazada atau peniaga sah ASUS ROG untuk membelinya. Di samping itu, pada 9 Oktober hingga 24 Oktober, promosi ROG 5s akan diadakan di Lazada. Promosi ini memberi tawaran kepada pembeli yang bertuah bakal memenangi Strix GO 2.4 daripada ROG bernilai RM749. Dalam tempoh promosi ini juga, pembeli ROG 5s beserta ROG Clip (bernilai RM149) layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM100.

    Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi Lazada. Selain itu, siri ROG 5s juga akan memberikan potongan harga pada ciri PAYLATER dari 25 Oktober hingga 31 Oktober termasuk rebat segera RM50 dan pembayaran ansuran tanpa kos selama 12 bulan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke PAYLATER.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ROG 5s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    CMF sah batalkan pelancaran Phone 3 Pro akibat krisis kos RAM global

    CMF, sub-jenama di bawah Nothing, dilaporkan mengambil keputusan drastik apabila memilih untuk tidak memperkenalkan telefon pintar baharu sepanjang tahun 2026. Menurut pengasas...

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...