More

    Siri ROG Phone 5s dilancar, miliki cipset Snapdragon 888+, RAM 18GB dan kadar sentuhan 360Hz

    ASUS melancarkan siri ROG Phone 5S lebih awal daripada yang dijangkakan kerana dalam usaha untuk bersaing dengan pembuat telefon pintar lain di segmen gaming. Kini, siri ROG Phone 5S tiba dengan peningkatan tambahanan di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 888 Plus dan RAM 18GB.

    ROG Phone 5S dan ROG Phone 5S Pro pada dasarnya mempunyai spesifikasi yang sama daripada segi perisian dan perkakasan. Namun, perbezaan besar yang terdapat antara kedua-dua telefon ini adalah ROG Phone 5S tidak memiliki paparan ROG Vision. Ciri panel belakang ini terdapat dalam varian Pro sahaja. Selain itu, model ROG Phone 5S tidak mempunyai dua sensor sentuh tambahan pada bahagian panel belakang.

    ROG Phone 5S dan ROG Phone 5S Pro berukuran 173mm x 77mm x 9.90mm dan mempunyai berat 238 gram. Telefon ini dilengkapi dengan paparan E4 AMOLED 6.67inci yang dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

    Paparan untuk kedua-dua telefon pintar gaming ini dilengkapi dengan kadar penyegaran semula 144 Hz yang menawarkan masa tindak balas 1 milisaat, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan kecerahan maksimum 1200 nits yang mengagumkan.

    Kedua-dua telefon ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888 Plus yang mampu beroperasi sehingga 3.0GHz (Cortex X1). Tambahan, ia dilengkapi dengan Adreno 660 serta kemampuan AI yang ditingkatkan, RAM LPDDR5 18GB dan storan penyimpanan UFS 3.1 512GB.

    Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, ultra-lebar 13MP dan makro 5MP. Pada bahagian depan pula kedua-dua peranti ini mempunyai kamera swafoto 24 MP.

    ROG Phone 5S Pro hadir dalam pilihan warna Phantom Black dan ROG Phone 5S pula tersedia dalam warna Phantom Black dan Glossier Storm White Finish. Buat masa sekarang peranti ini tersedia hanya untuk pasaran China dan Taiwan.

    Daripada maklumat yang kami peroleh, telefon ini mungkin memasuki pasaran global dalam beberapa minggu akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...