Siri ROG Phone 8 yang telah dilancarkan pada Januari lalu kini ditawarkan dengan diskaun sehingga RM700 bersempena pertandingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia musim ke-14. Promosi berlangsung daripada 20 September sehingga 3 November 2024.
Untuk pengetahuan, siri ROG Phone 8 ini merupakan salah satu peranti kegemaran kami kerana hadir dengan spesifikasi yang mantap dan reka bentuk yang eksklusif jika dibandingkan dengan pendahulunya. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan menampilkan paparan AMOLED (Samsung E6) fleksibel 6.78 inci 165Hz.

ROG Phone yang dijual pada harga RM3,999 kini ditawarkan pada harga RM3,299 manakala ROG Phone 8 Pro yang berharga RM4,799 turut hadir dengan harga promosi RM4,599. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun yang menarik ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ASUS ROG Malaysia di sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ROG Phone 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







