More

    Siri Samsung Galaxy S22: Hadir dengan kapasiti bateri 4,500mAh & 5,000mAh

    Dua buah bateri yang telah dihantar oleh Samsung SDI kepada syarikat pensijilan 3C mungkin merupakan bateri untuk telefon pintar yang akan bakal dikeluarkan Samsung iaitu Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

    Bateri dengan nombor model EB-BS906ABY untuk Galaxy S22+ dinilai mempunyai kapasiti 4,370mAh yang bermaksud ia mungkin mempunyai kapasiti sebenar ialah 4,500mAh. Terdapat penurunan sedikit berbanding Galaxy S21+ yang mempunyai kapasiti bateri 4,800mAh.

    Seterusnya, bateri dengan nombor model EB-BS908ABY untuk Galaxy S22 Ultra pula dinilai mempunyai kapasiti 4,855mAh yang bermaksud kapasiti sebenar ialah 5,000mAh. Ianya sama dengan kapasiti bateri S21 Ultra.

    Selain itu, bateri untuk Galaxy S22 masih belum dapat disahkan kapasitinya. Tetapi menurut sumber, ia mungkin mempunyai kapasiti 3,800mAh. Ini menunjukkan penurunan daripada model sebelumnya iaitu Galaxy S21 yang mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh.

    Samsung dilaporkan sedang menguji sokongan palam pengecas 65W untuk siri S22. Sebelum ini, Samsung tidak pernah mengeluarkan palam pengecasan yang mempunyai kuasa lebih daripada 45W. Untuk siri S21, ia menggunakan palam pengecasan 25W walaupun mempunyai sokongan pengecasan sehingga 45W.

    Jika ujian ini berjaya dan mendapat pengiktirafan daripada 3C, palam pengecasan dengan nombor model EP-TA865 mungkin dikeluarkan untuk siri S22. Ia menghasilkan 20V pada 3.25A dan menyokong peranti yang mempunyai voltan yang lebih rendah iaitu daripada 5V hingga 20V.

    Adakah anda berminat dengan maklumat ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured