More

    Siri Samsung Galaxy S23 terima penurunan harga bermula RM2,999

    Siri Samsung Galaxy S24 telah dilancarkan malam tadi membawa model Samsung Galaxy S24, Samsung Galaxy S24+ dan Samsung Galaxy S24 Ultra. Siri Samsung Galaxy S24 yang bertemakan Galaxy AI kali ini mengetengahkan ciri dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Untuk model standard, ia berharga RM4,599 untuk storan dan RM4,099 untuk 256GB.

    Pelancaran ini telah memberi kesan penurunan harga bagi siri Samsung Galaxy S23 sehingga RM1,600. Samsung Galaxy S23 dahulunya berharga RM3,899 kini berharga RM2,999 dan Galaxy S23+ yang berharga RM4,699 kini menurun kepada RM3,679 manakala Galaxy S23 Ultra kini berharga RM4,099 daripada RM5,699 di Shopee

    Untuk mengimbas kembali ingatan anda, siri Galaxy S23 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk prestasi terpantas dalam telefon Android. Saiz bateri untuk ketiga-tiga varian adalah berbeza, di mana Galaxy S23 mempunyai bateri 3,900mAh, Galaxy S23+ dengan 4,700mAh dan Galaxy S23 Ultra pula dengan 5,000mAh.

    Galaxy S23 Ultra mempunyai kadar pengecasan pantas 45W dan pengecasan wayarles 15W manakala varian Galaxy S23 lain dilengkapi kadar pengecasan 25W. Kesemua model Galaxy S23 mempunyai skrin dengan kecerahan puncak sehingga 1,750 nits dengan perlindungan Gorilla Glass Victus 2 untuk ketahanan tertinggi.

    Jadi, adakah akan membeli siri Samsung Galaxy S23 ataupun yang lebih baharu? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...