More

    Siri Samsung Galaxy S24 dilapor bakal dilancarkan pada 17 Januari ini

    Menurut laporan terbaru daripada SBS Biz, Samsung merancang untuk mengadakan acara Galaxy Unpacked di San Francisco, Amerika Syarikat pada 17 Januari 2024 yang bakal melancarkan telefon siri Galaxy S24 secara rasmi.

    Laporan sebelum ini tentang siri Samsung Galaxy S24 telah muncul yang mengatakan siri kali ini akan dilengkapi dengan teknologi AI generatif seperti ChatGPT dan Dall-E menjadikannya sebagai telefon AI.

    Daripada segi pemproses, Samsung telah mengumumkan pemproses Exynos 2400 yang mendakwa bahawa kelajuan CPU meningkat sebanyak 30%, kelajuan GPU meningkat sebanyak 70% dan kelajuan NPU meningkat sebanyak 14.7 kali daripada cipset sebelumnya.

    Selain itu, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan Galaxy S23 FE di Korea Selatan pada 1 Disember 2023 berharga 800,000 won (~RM2,890). Ia adalah model Galaxy S FE pertama yang dijual di pasaran Korea sejak 2020.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SBS Biz

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured