More

    Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE dilancar: Skrin 90Hz, bateri 10,090mAh, cas pantas 45W bermula ~RM2,790

    Samsung hari ini melancarkan siri tablet terbaru, Samsung Galaxy Tab S10 FE, yang terdiri daripada dua varian utama iaitu Samsung Galaxy Tab S10 FE (10.9 inci) dan Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (13.1 inci).

    Galaxy Tab S10 FE+ mempunyai saiz skrin yang lebih besar sebanyak 12% berbanding Galaxy Tab S9 FE+ sebelum ini yang berukuran 12.4 inci sahaja. Ini juga membuatkan Tab S10 FE+ lebih besar berbanding Galaxy Tab S10+ (12.4 inci).

    Sementara itu, Galaxy Tab S10 FE pula kekal dengan saiz daripada Galaxy Tab S9 FE iaitu 10.9 inci. Kedua-dua varian Tab S10 FE mempunyai skrin dengan kecerahan puncak 800 nits, kadar segar semula 90Hz, Vision Booster untuk melaras kecerahan secara automatik dan pancaran cahaya biru yang selesa pada mata.

    Siri Galaxy Tab S10 FE mempunyai ketebalan yang lebih rendah berbanding siri Tab S9 FE, di mana Tab S10 FE kini senipis 6.0mm (Tab S9 FE mempunyai ketebalan 6.5mm). Untuk berat pula, siri Tab S10 FE adalah lebih ringan sebanyak 4% berbanding siri Tab S9 FE.

    Ia juga mempunyai rating kalis air IP68 dan ditawarkan dalam pilihan warna kelabu, perak dan biru. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP di belakang dan kamera swafoto 12MP di hadapan dengan sudut ultra-lebar.

    Untuk spesifikasi dalaman, kedua-dua varian menggunakan cipset Exynos 1580 iaitu cip sama yang terdapat pada telefon Samsung Galaxy A56. Ia ditawarkan dalam pilihan memori 8GB+128GB dan 12GB+256GB, dan ia turut mempunyai slot kad memori microSD yang boleh besarkan storan sehingga 2TB.

    Bateri pada Tab S10 FE berkapasiti 8,000mAh, manakala Tab S10 FE+ pula berkapasiti 10,090mAh. Kedua-duanya menyokong kadar pengecasan pantas 45W.

    Selain itu, ini adalah siri Tab SE pertama yang didatangkan dengan fungsi AI seperti Circle to Search with Google, Solve Math untuk selesaikan masalah matematik, Handwriting Help untuk kemaskan tulisan tangan, Object Eraser untuk padamkan benda yang tidak dikehendaki dalam gambar dan banyak lagi.

    "
    "

    Galaxy Tab S10 FE akan dijual di Eropah pada harga bermula EUR580 (~RM2,790) manakala Galaxy Tab S10 FE+ pula bermula EUR750 (~RM3,610). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Malaysia Newsroom

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...