More

    Siri Samsung Galaxy Tab S8 dilancar: Stilus S Pen, SD 8 Gen 1, AMOLED 120Hz bermula RM3,299

    Dalam acara Samsung Unpacked baru-baru ini, Samsung telah melancarkan dua buah peranti iaitu siri Samsung Galaxy S22 dan Galaxy Tab S8. Kali ini, terdapat tiga varian dalam siri Samsung Galaxy Tab S8 iaitu Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra.

    Galaxy Tab S8 mempunyai skrin berukuran 11 inci, Galaxy Tab S8+ berukuran 12.4 inci dan Galaxy Tab S8 Ultra berukuran 14.6 inci. Ketiga-tiga model mempunyai kadar segar semula 120Hz, namun hanya Tab S8+ dan Tab S8 Ultra akan mempunyai panel Super AMOLED.

    Selain itu kapasiti bateri juga berbeza mengikut varian iaitu 8,000mAh untuk Galaxy Tab S8, 10,090mAh untuk Galaxy Tab S8+ dan 11,200mAh untuk Galaxy Tab S8 Ultra. Semua varian ini dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1 dan sistem operasi Android 12.

    Untuk fotografi pula, tablet ini mempunyai kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar 6MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 12MP. Khas untuk Galaxy Tab S8 Ultra, ia akan mempunyai dua kamera swafoto iaitu 12MP dan satu kamera ultra-lebar 12MP.

    Spesifikasi penuh Siri Samsung Galaxy S8:

    Harga bagi Samsung Galaxy Tab S8 Ultra (12GB+256GB) RM5,899, Samsung Galaxy Tab S8+ (8GB+256GB) RM4,599 dan Samsung Galaxy Tab S8 (8GB+128GB) RM3,299. Mulai 10 Februari 2022, peranti siri Samsung Galaxy Tab S8 akan tersedia di Samsung.com/my dan kedai dalam talian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana varian Galax Tab S8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured