More

    Siri Samsung Galaxy Tab S8 sesuai untuk pembelajaran, mudah menyusun dan mencatat nota

    Samsung Electronics telah mencipta siri Samsung Galaxy Tab S8 untuk menjadi alat mudah alih pembelajaran, pekerjaan dan tugasan harian. Sebagai permulaan, panduan ini akan mempamerkan cara kehidupan pembelajaran dengan Samsung Galaxy Tab S8 Ultra.

    Samsung Galaxy Tab S8 Ultra berukuran 14.6 inci mampu mengatur semua maklumat yang diberikan sepanjang pembelajaran dengan cepat dan mudah. Anda boleh membahagikan skrin anda kepada tiga tab semasa kelas dalam talian. Sebagai contoh, anda boleh membuka nota bacaan anda di sebelah kiri dan aplikasi pencatatan di sebelah kanan untuk mengakses semua aplikasi yang diperlukan dalam satu skrin. 

    Galaxy Tab S8 Ultra adalah siri Galaxy Tab pertama yang dilengkapi dengan kamera hadapan 12MP dan lensa ultra lebar untuk gambaran luas. Galaxy Tab S8 pula dilengkapi dengan ciri Auto-Framing berasaskan AI yang melaraskan bingkai kamera secara automatik mengikut pergerakan kamera. Tiga mikrofon pada peranti ini berfungsi untuk mengurangkan bunyi latar belakang dan merakam audio yang lebih jelas dan tajam.

    Namun, mungkin ada di kalangan anda yang lebih selesa menggunakan komputer riba untuk pembelajaran. Dalam tablet ini, anda boleh aktifkan mod Samsung DeX yang boleh memberikan anda pengalaman seperti PC dengan membuka beberapa tetingkap secara serentak.

    Ciri DeX Mirroring membolehkan anda memindahkan kerja ke skrin besar dengan mencerminkan tab DeX tablet pada skrin TV atau monitor, manakala Ciri Skrin Kedua (Second Screen) menyambungkan Galaxy Tab S8 anda secara wayarles sebagai monitor kedua bersama komputer riba.. Siri Galaxy Tab S8 mampu menjadi komputer riba mini dengan papan kekunci kulit buku dan tetikus Bluetooth. 

    S Pen yang telah dinaik taraf mempunyai kelajuan tindak balas 30% lebih pantas untuk pengalaman pen-ke-kertas atau berus-ke-kanvas. Selain itu, kerjasama Clip Studio Paint dalam menghubungkan tablet anda ke telefon pintar Galaxy membolehkan telefon pintar menjadi kanvas dengan mengaktifkan Mod Companion dalam aplikasi. 

    Skrin yang luas dan audio Dolby Atmos memberikan anda pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Galaxy Tab S8 disedikan untuk membantu pelajar mengimbangi jadual dan mencapai kejayaan akademik. Ia direka bentuk untuk memberi fleksibiliti dengan gaya hidup kampus mengikut kreativiti anda.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...