More

    Siri Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Buds2 Pro dilancar, bermula RM899

    Selain daripada pelancaran dua buah telefon pintar yang boleh lipat iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 5G dan Flip4 5G, Samsung juga tidak ketinggalan mengemaskini barisan peranti boleh pakainya seperti siri Galaxy Watch5 dan Galaxy Buds2 Pro. Masing-masing dilengkapkan dengan perkakasan dan sistem operasi terkini bagi membantu memudahkan pengguna dalam ekosistem Samsung.

    Samsung Galaxy Watch5

    Siri Samsung Galaxy Watch5 terdiri daripada Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro. Galaxy Watch5 boleh digunakan untuk program memantau kesihatan dan meningkatkan tahap kecergasan dengan senaman yang boleh dikesan menggunakan jam tangan pintar ini.

    Selain itu, terdapat juga sensor Advanced Samsung BioActive untuk senaman pernafasan, kurangkan tekanan, capai analisis tabiat tidur terbaik, pemantauan tidur, komposisi badan dan pemantauan pemulihan badan dalam masa nyata.

    Bateri berkapasiti 590mAh yang dilengkapi dalam siri Samsung Galaxy Watch 5 tahan lebih lama, lebih besar dan sokong pengecasan pantas. Semestinya ia lebih baik daripada model yang dilancarkan pada tahun lepas. Reka bentuk badannya menggunakan kristal nilam dan titanium serta hadir dengan tali jam tangan khas.

    Selain itu, ciri yang terdapat pada jam tangan pintar ini adalah seperti laluan latihan, navigasi peta bagi membantu pemakainya mencari jalan apabila sesat. Galaxy Watch5 akan dijual pada harga bermula RM1,099, manakala Galaxy Watch5 Pro pula akan dijual pada harga bermula RM1,899.

    Samsung Galaxy Buds2 Pro

    Samsung Galaxy Buds2 Pro pula menampilkan reka bentuk yang premium jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Ia hadir dengan teknologi suara Ultimate 24bit Hi-Fi, pembatalan hingar aktif terkini di mana pengguna boleh bercakap untuk menjawab panggilan tanpa menanggalkan fon wayarles ini dari telinga.

    Ia secara automatik akan memperlahankan muzik dan mengaktifkan mod persekitaran (ambient). Seterusnya, ia mempunyai rekaan aerodinamik untuk membantu pemakainya tidak berasa janggal apabila berlari laju. Hal ini kerana angin yang terhalang pada kawasan telinga akan menghasilkan bunyi yang sering mengganggu pengguna fon telinga wayarles.

    Ciri sambungan yang terdapat pada peranti Buds2 Pro ini sangat mengagumkan kerana anda boleh menyambungkannya secara serentak pada peranti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan komputer. Ia akan dijual di Malaysia dengan harga RM899.

    "
    "

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai dua peranti baharu ini. Khas buat para pembaca TechNave, anda boleh gunakan kod promosi TNGZF4VIP sewaktu pembayaran dan anda boleh dapatkan pengecas 15W PD Adapter (bernilai RM59) secara percuma. Promosi ini akan berlangsung sehingga 1 September 2022 dan tertakluk kepada stok.

    Adakah anda berminat dengan mana-mana peranti yang Samsung baru sahaja lancarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...