More

    Siri Samsung Galaxy Watch6 bakal dilancar pada 26 Julai ini, daftar dan terima e-rebat sehingga RM400

    Samsung akhirnya mengumumkan tarikh tepat untuk acara pelancaran Unpacked kedua tahun ini. Ia akan diadakan pada 26 Julai dan Samsung akan melancarkan Galaxy Z Fold 5, Galaxy Z Flip 5 serta siri Samsung Galaxy Watch6 di Seoul, Korea.

    Seperti biasa, acara pelancaran akan distrim di laman web Samsung dan saluran YouTube. Ia akan disiarkan secara langsung pada 8 malam waktu Malaysia. Tidak banyak spesifikasi yang tertiris untuk Galaxy Watch 6 tetapi salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan jam tangan pintar ini akan mempunyai Pemberitahuan Irama Jantung Tidak Teratur.

    Ciri yang dapat menyelamatkan nyawa ini akan ditambahkan pada aplikasi Samsung Health Monitor melalui kemas kini kepada One UI 5 yang merupakan versi lebih baharu berdasarkan Wear OS Google. Samsung telah pun mengumumkan ciri tersebut yang secara proaktif memantau irama jantung pengguna untuk mengesan sebarang risiko yang anda tidak sedari.

    Khabar angin semasa juga melaporkan peningkatan dalam saiz bateri dengan merujuk kepada beberapa pensijilan yang tertiris mendedahkan penambahan bateri sehingga 300mAh daripada 284mAh yang terdapat pada dalam Watch 5. Walau bagaimanapun, badan berukuran 40mm dikatakan kekal sama.

    Bagi model Pro atau Klasik, peningkatan ini boleh mencapai bateri setinggi 425mAh dalam badan 44m. Jadi, kita mungkin melihat hayat bateri yang lebih lama. Satu lagi perubahan perkakasan yang dijangkakan ialah cipset yang dipertingkatkan seperti yang dilaporkan sebelum ini bahawa ia mungkin menggunakan Exynos W930.

    Kami juga berminat untuk bercakap serba sedikit tentang paparan dan reka bentuk keseluruhan Galaxy Watch 6. Khabar angin sebelum ini mengatakan bahawa siri Galaxy Watch 6 akan hadir dengan paparan Super AMOLED dengan peningkatan saiz skrin daripada 1.4 inci kepada 1.47 inci pada resolusi 470 x 470 piksel.

    Pada acara Galaxy Unpacked 2023, kami akan mendedahkan lebih banyak butiran menarik mengenai Siri Samsung Galaxy Watch 6 dan tarikh ketersediaanntya untuk pasaran Malaysia. Kepada yang berminat, anda berpeluang mendapatkan e-rebat sehingga RM400 dengan hanya mendaftarkan diri anda pada halaman Unpacked Samsung Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Samsung Galaxy Watch 6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured