More

    Siri Sound Tower (2025) dilancar di Malaysia dengan kuasa hingga 240W bermula RM1,499

    Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan siri Sound Tower terbaharu yang menawarkan pembesar suara berkuasa tinggi direka untuk menghidupkan suasana di mana-mana ruang terutama parti, majlis keluarga atau kegunaan harian. Siri ini menampilkan dua model iaitu Sound Tower MX-ST50F dan MX-ST40F.

    Selain kekuatan audio, kedua-dua model hadir dengan ciri Party Lights+ iaitu lampu LED pelbagai warna yang boleh disesuaikan terus melalui aplikasi Samsung Sound Tower App. Pengguna boleh mengawal mod lampu, menetapkan suasana, menukar corak pencahayaan dan mengurus muzik menggunakan telefon pintar.

    Bagi peminat karaoke, Sound Tower turut menawarkan fungsi Karaoke Mode lengkap dengan sokongan mikrofon dan sambungan instrumen seperti gitar. Pengguna juga boleh memasangkan beberapa unit Sound Tower secara wayarles untuk menghasilkan pengalaman audio yang lebih besar dan menyeluruh.

    Samsung menekankan bahawa siri ini bukan sahaja direka untuk hiburan, tetapi juga ketahanan jangka panjang dan kemudahan penggunaan. Sound Tower kini boleh dibeli melalui laman web rasmi Samsung Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pembesar suara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...