More

    Siri Tecno Camon 18 bakal dilancar: Mungkin miliki zum hibrid 60x dan menyokong penstabilan imej

    Siri Tecno Camon 18 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kini beberapa spesifikasi utama dan gambarnya telah didedahkan di sebuah laman web.

    Berikut merupakan reka bentuk dan spesifikasi Siri Tecno Camon 18:

    • Panel belakang yang rata, bucu tepinya berbentuk petak
    • Memiliki punch-hole pada paparan
    • Di bahagian tepi kanan: Butang kuasa
    • Tri-kamera: lensa 16-135mm, bukaan (aperture) f/1.6-3.5 dan zum hibrid 60x
    • Menggunakan HiOS 7.6 atas Android 11
    • Warna biru muda dan biru tua, Tecno mungkin akan keluarkan beberapa pilihan warna

    Menurut laporan TechnoSports, Tecno 18 Camon Premier akan menggunakan cipset MediaTek Helio G96 SoC. Pengimbas jari berada di bahagian tepi di mana ia turut berfungsi sebagai butang kuasa.

    Namun, masih belum ada maklumat mengenai konfigurasi storan Siri Tecno Camon 18. Barisan ini dikatakan bakal dijual pada bulan ini tetapi harga dan kuantiti masih tidak diberitahu. 

    Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...