More

    Siri vivo S12 dilancar: Miliki Dimensity 1200, skrin AMOLED 6.6” dan 2 kamera swafoto 50MP bermula ~RM1,847

    Siri vivo S menjadi salah satu telefon pintar yang mengutamakan swafoto termasuk kehadiran vivo S12 dan vivo S12 Pro menampilkan kamera hadapan dwi-piksel yang dipertingkatkan dan dipasangkan cipset Mediatek Dimensity kelas atasan.

    vivo S12 Pro menampilkan skrin melengkung AMOLED 90Hz 6.56 inci dengan sokongan HDR10+. Skrin dipasangkan dengan kadar tindak balas sentuhan yang tinggi mencapai sehingga 240Hz. Telefon ini agak nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 7.36mm dan berat 171g. Ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1200 yang berprestasi tinggi ketika bermain game dan penggunaan biasa serta bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

    Kamera vivo S12 di bahagian hadapan terdiri daripada dwi-kamera utama 50MP dan sensor ultra-lebar 8MP. Dwi-kamera disambungkan dengan flash dwi-LED, dalam bezel di bahagian atas. Beberapa mod AI yang dipertingkatkan juga tersedia seperti “penangkapan comel AR”, tangkapan sukan, pendedahan berganda, video dwi-tontonan dan banyak lagi. Kamera belakang pula terdiri daripada kamera utama 108MP utama, ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP. 

    vivo S12 diperkenalkan dengan dengan reka bentuk yang agak serupa dengan varian Pro dengan beberapa kelainan seperti tetapi ukuran 157.20×72.42×7.39mm, berat 179g dan skrin AMOLED 90Hz 6.44-inci dengan kadar pensampelan skrin 180Hz. Kamera hadapan peranti terletak dalam takuk membawa sensor 44MP + 8MP manakala kamera belakang sama seperti vivo S12 Pro. 

    Ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1100, bateri 4200mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. vivo S12 Pro hadir dalam 8GB+128GB berharga 3,399 Yuan (~RM2,243) dan 12GB+256GB berharga 3,699 Yuan (~RM2,441). vivo S12 pula hadir dalam 8GB+128GB berharga 2,799 Yuan (~RM1,847) dan 12GB+256GB RAM berharga 2,999 Yuan (~RM1,979).

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...