More

    Siri vivo S17 dilancar dengan kamera swafoto 50MP dan pengecasan 80W bermula ~RM1,622

    Seperti yang dijangkakan, vivo telah melancarkan telefon pintar siri S17 hari ini di China. Siri S17 merangkumi vivo S17, vivo S17t dan vivo S17 Pro. Peranti baharu ini memaparkan paparan OLED 10-bit melengkung yang sama dengan resolusi 1260 x 2800 piksel dan kadar penyegaran 120Hz dan bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W.

    Perbezaan antara keempat-empat telefon adalah pada cipset dan tetapan kamera. vivo S17 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G+, vivo s17T pula menggunakan Dimensity 8050 manakala S17 Pro membawakan Dimensity 8200. Semua telefon ditawarkan dengan pilihan RAM 8/12GB dan storan 256/512GB.

    Beralih kepada kamera, S17 dan S17 Pro mendapat kamera swafoto 50MP dengan apertur f/2.0 dan autofokus. Kamera swafoto juga hadir dengan dwi penderia denyar LED. vivo S17 Pro membawakan sensor kamera utama 50MP IMX766V (f/1.88, 1.0 µm piksel asli) dengan OIS manakala S17 dan S17t mendapat kamera utama 50MP dengan apertur f/2.0 dan OIS.

    Model Pro mendapat manfaat tambahan daripada sensor potret 12MP dengan zum optik 2x dan apertur f/1.98. Kedua-dua vivo S17 dan S17Pro juga mempunyai kamera ultralebar 8MP dan denyar LED cincin. vivo s17 bermula pada CNY 2,499 (~RM1,622) untuk model 8/256GB dan CNY 2,999(~RM1,947) untuk model 12/512GB.

    vivo S17 Pro bermula pada CNY 3,099 (~RM2,012) untuk varian 8/256GB dan naik kepada CNY 3,499 (~RM2,272) untuk versi 12/512GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured