More

    Siri vivo T1 akan dilancar di Malaysia pada 25 April 2022

    vivo Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan vivo T1 Series pada hari Isnin, 25 April 2022 jam 12:00 tengah hari. Siri telefon itu terdiri daripada vivo T1 5G dan vivo T1x, di mana sebelum ini ia telah pun dilancar di India.

    Bagi menyambut pelancaran tersebut, vivo Malaysia bekerjasama dengan jenama perkakasan gaming Razer bagi meningkatkan pengalaman gaming dengan telefon ini. Sebuah cabutan bertuah akan dianjurkan dalam siaran pelancaran tersebut, di mana pemenang akan memenangi Razer Kishi Universal Gaming Controller.

    Selain itu, Razer Kishi Universal Gaming Controller juga akan dijual pada harga promosi RM199 di laman web Razer untuk masa terhad.

    Sebelum ini, vivo T1 5G telah dilancar di India dan ia dilengkapi cipset Snapdragon 695, skrin LCD FHD+ 6.58 inci dengan kadar 120Hz, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 18W dan kamera 50MP + 2MP + 2MP. Varian RAM pula terdiri daripada 4GB, 6GB dan 8GB.

    Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook vivo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured