More

    Siri vivo TWS 3 bakal dilancar pada 22 November ini: Set kepala hi-fi asli pertama di dunia

    vivo dijangka akan mengumumkan siri vivo X90 pada 22 November di China. Ia akan dilancarkan bersama vivo TWS 3 dan vivo TWS 3 Pro. MySmartPrice telah bekerjasama dengan pelapor terkenal Ishan Agarwal untuk berkongsi beberapa spesifikasi siri TWS 3.

    vivo TWS 3 bakal hadir dalam warna putih dan biru. Varian standard mempunyai kemasan berkilat manakala varian Pro mempunyai kemasan matte. Sarungnya mempunyai penunjuk LED di bahagian hadapan dan fon telinganya mempunyai reka bentuk gaya dalam-telinga. 

    vivo TWS 3 Pro membawa reka bentuk yang sama seperti standard dalam warna biru-hitam dan putih. Laporan mendakwa bahawa siri vivo TWS 3 akan dilancarkan sebagai set kepala hi-fi asli pertama di dunia. 

    Ia dijangka menawarkan pengurangan hingar jalur ultra lebar pintar, rakaman binaural Vlog 3D, pemantauan suhu badan tanpa penderiaan, dan sambungan Bluetooth 5.2 dengan sokongan untuk teknologi audio Bluetooth LE generasi akan datang, karaoke tanpa wayar, slaid untuk melaraskan volum, pengesanan haus pintar, kawalan suara pintar, kawalan sensitif tekanan dan sambungan dwi-peranti.

    Khabar angin pula mengatakan bahawa vivo TWS 3 akan menyertakan cip audio bebas DAC, protokol penghantaran audio tanpa kehilangan dan penyama adaptif. Namun, kami masih tidak ketahui sama ada ia menyokong pengecasan tanpa wayar ataupun tidak.

    Sebelum ini, vivo melancarkan vivo TWS 2 pada Mei 2022 tahun ini pada harga 499 Yuan (~RM324). Oleh itu, kemungkinan besar vivo TWS 3 biasa mungkin mempunyai harga yang sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...