More

    Siri vivo V30 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Mac ini

    Semalam, vivo telah mengacah pelancaran siri vivo V30 dan laman mikro telah pun disediakan di laman web rasmi vivo Malaysia yang menunjukkan peranti itu akan dilancarkan bulan hadapan. Pelancaran rasmi akan berlangsung pada minggu hadapan bertarikh 13 Mac 2024.

    Spesifikasi dan reka bentuk V30 Pro telah pun diumumkan di MWC 2024. Peranti ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200 yang dipasangkan dengan RAM 8GB atau 12GB dan storan 256GB atau 512GB serta bateri 5,000mAh.

    Paparannya pula menggunakan AMOLED 120Hz 6.78 inci dengan resolusi 1260p dan kecerahan puncak 2800 nits. Spesifikasi sorotan lain termasuk Android 14 melalui Funtouch OS dan pilihan warna sama ada Bloom White, Waving Aqua, Lush Green atau Noble Black.

    Sama-sama kita nantikan 13 Mac ini untuk mengetahui spesifikasi dan harga di Malaysia bagi siri V30. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured