More

    Siri vivo V40 akan dilancar di Malaysia pada 22 Ogos 2024

    Peranti baharu siri vivo V40 telah dikeluarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Menerusi perkongsian di laman web rasminya, vivo Malaysia dilihat berkongsi imej promosi yang mengesahkan dua versi boleh diumumkan kemudian. Jadi, apa yang perlu anda ketahui mengenainya?

    Untuk pengetahuan anda, kedua-duanya juga kini telah mula disenaraikan melalui laman pengiklanan rasmi beserta beberapa ciri utamanya. Kamera ZEISS akan digunakan pada peranti tersebut yang merupakan penambahbaikan menarik berbanding siri sebelumnya yang hanya memfokuskan kepada versi Pro. Tawaran ini diyakini mampu menawarkan pengalaman fotografi yang berkualiti tinggi, terutama sekali untuk tangkapan potret.

    Selain itu, padanan badan melengkung di hadapan dan belakang turut dikekalkan kali ini bersama sistem tri-kamera dan aura-light yang mampu mengubah pengalaman fotografi anda. Sebanyak lima warna tersedia terdiri daripada Moonlight White dan Stellar Silver untuk V40 Pro, manakala V40 boleh didapati dalam warna Nebula Purple, Sunglow Peach dan Stellar Silver.

    Berdasarkan kenyataan di laman web rasmi vivo Malaysia, siri vivo V40 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Ogos 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured