More

    Siri vivo V40 dilancar: Kamera ZEISS, cas pantas 80W, AMOLED 120Hz berharga ~RM2,680

    Pada hari ini, vivo memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk pasaran antarabangsa iaitu vivo V40 dan vivo V40 Pro. Walaupun ia merupakan telefon kelas pertengahan, ia masih mempunyai fungsi fotografi ZEISS yang serupa seperti dalam siri vivo X yang lebih mahal.

    Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kedua-dua telefon:

    vivo V40 Pro

    Telefon ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1260×2800, kadar segar semula 120Hz, sokongan warna HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, membuatkannya mudah dilihat walaupun dalam situasi yang sangat terang. Skrinnya mempunyai pengimbas cap jari di bahagian bawah.

    Ia mempunyai ukuran 164.2 x 74.9 x 7.6 mm, berat 192 gram dan pilihan warna Ganges Blue atau Titanium Grey. Untuk ketahanan, telefon ini mempunyai rating kalis air dan debu IP68 yang bermaksud ia boleh tenggelam ke paras 1.5 meter selama 30 minit.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9200+ iaitu cipset setaraf dengan telefon andalan (flagship) ayang dilancar pada 2023, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,500mAh dan pengecasan pantas 80W. Sistem operasinya adalah Android 14 dengan antara muka (UI) Funtouch 14.

    Daripada segi fotografi, vivo V40 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x dan kamera ultra-lebar 50MP. Ketiga-tiga kamera ini mempunyai lensa ZEISS T*, manakala lampu denyar (LED) pula ditawarkan dalam bentuk bulatan Aura Light seperti vivo V30 Pro. Kamera hadapan pula mempunyai sensor 50MP.

    Kamera vivo V40 Pro
    Cahaya Aura Light

    Telefon ini menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps pada semua kamera, dengan penstabilan OIS dan EIS. Ia turut menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan NFC.

    vivo V40 Pro dijual dalam pasaran India pada harga INR49,999 (~RM2,680).

    "
    "

    vivo V40

    vivo V40 mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan vivo V40 Pro, kecuali daripada beberapa perbezaan utama. Sebagai contoh, vivo V40 menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dan pilihan untuk storan dalaman sebanyak 128GB atau 256GB. Ia juga mempunyai satu lagi pilihan warna iaitu ungu Lotus Purple.

    Selain itu, vivo V40 mempunyai dua kamera sahaja iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP, bermaksud ia tidak mempunyai kamera telefoto seperti dalam vivo V40 Pro.

    Selain daripada cipset, storan, pilihan warna dan kamera, vivo V40 mempunyai spesifikasi yang sama seperti vivo V40 Pro termasuklah skrin, ukuran, bateri, kadar pengecasan dan hubungan wayarles.

    vivo V40 akan dijual dalam pasaran India pada harga bermula INR34,999 (~RM1,880) untuk varian 8GB+128GB.

    Jika anda berminat dengan kedua-dua telefon ini, vivo Malaysia sudah pun mengesahkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran tempatan pada 22 Ogos 2024. Beritahu kami di Facebook varian manakah yang menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured