More

    Siri vivo X200 akan dilancar pada 14 Oktober 2024, bakal dilengkapi kamera periskop 200MP

    vivo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) yang seterusnya, vivo V200, pada hari Isnin, 14 Oktober 2024 di China. Ia terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X200, vivo X200 Pro dan vivo X200 Pro Mini.

    vivo juga mengesahkan bahawa ia bakal menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset andalan oleh MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 9400. Buat masa ini, MediaTek masih belum mendedahkan spesifikasi cipset tersebut kerana ia hanya akan dilancar pada 9 Oktober (esok).

    Rekaan siri vivo X200 juga sudah ditunjukkan dalam platform media sosial Weibo, di mana ia akan ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, kelabu dan biru. vivo masih mengekalkan logo ZEISS pada bonggol kameranya yang menunjukkan kerjasama antara vivo dengan ZEISS untuk menghasilkan teknologi kamera dalam telefon tersebut.

    Kamera dalam siri vivo X200 bakal menggunakan sensor LYT-818 berukuran 1/1.28 inci yang dibangunkan bersama Sony, serta cip pengimejan V3+ yang digunakan dalam vivo X100 Ultra. Ia juga akan menyokong rakaman video 4K sehingga kadar 120fps.

    vivo X200 Pro akan dilengkapi kamera zum periskop 200MP 85mm f/2.67, manakala vivo X200 Pro Mini akan dilengkapi kamera zum periskop 70mm f/2.57. Varian Pro juga boleh mengambil gambar potret dalam jarak fokal 24mm, 35mm, 50mm, 85mm, 100mm dan 135mm.

    Untuk mereka yang ingin rakam video secara profesional, ia boleh merakam dengan format 10-bit vivo log untuk kebolehan mengubah gred warna sewaktu fasa penyuntingan video.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured