More

    Siri vivo X200 dengan kamera telefoto ZEISS 200MP sah bakal tiba di Malaysia bulan ini

    Siri vivo X200 yang dinantikan akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia ini pada bulan ini. Menariknya, Malaysia merupakan negara pertama dalam rantau ini yang menerima siri itu. Walaupun kami belum dapat mendedahkan semua butiran, apa yang kami boleh kongsikan adalah vivo X200 akan menampilkan lensa ZEISS APO Telephoto 200MP.

    Ini adalah berita yang mengujakan kerana vivo kini mendominasi pasaran global dengan mencapai kedudukan pertama dalam jualan telefon pintar di China dengan 19.2% bahagian pasaran pada Q3 2024, menurut Counterpoint Research.

    Mungkin ramai yang teruja untuk melihat model dan warna yang akan ditawarkan, namun kami akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam pengumuman rasmi yang akan datang. Tetapi buat masa ini, kami ingin melaporkan bahawa siri vivo X200 disahkan bakal tiba di Malaysia.

    Kekal bersama kami untuk pengumuman rasmi kelak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...