More

    Siri vivo X50 diumumkan di Malaysia: Snapdragon 765G, AMOLED 90Hz dan kamera gimbal

    Terkini, vivo Malaysia telah mengumumkan siri vivo X50 yang terdiri daripada vivo X50 dan vivo X50 Pro di pasaran Malaysia. Siri vivo X50 ini hadir dengan pelbagai penawaran spesifikasi menarik terutamanya dalam teknologi kamera yang memfokuskan fotografi.

    Antara spesifikasi menarik yang ditawarkan adalah janaan Snapdragon 765G dan teknologi kamera gimbal pada vivo X50 Pro. Teknologi gimbal adalah khas untuk menstabilkan penggambaran dan imej.

    Sistem Kamera Gimbal pada vivo X50 Pro mengetengahkan gerakan arah berlawanan pada modul gimbal yang memberi kestabilan pada penggambaran anda. Anda dapat mengetahui jika penggambaran anda stabil melalui animasi yang akan terpapar pada skrin, memperlihatkan pergerakan gimbal.

    Selain itu, siri peranti 5G ini dilengkapi tetapan kamera 48MP + 8MP (super ultra lebar) + 13MP (lensa potret) + 8MP (5x teleskopik) bersama kamera swafoto 32MP. Ia turut menyokong keupayaan fotografi lain seperti Extreme Night Vision dan Super Macro.

    Siri vivo X50 turut hadir dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge 2.0 dan skrin 90Hz yang menyokong HDR 10+. Anda boleh melihat spesifikasi lanjut di pautan ini. Namun, varian dan harga rasmi bakal diumumkan melalui pelancaran rasminya pada 21 Julai 2020.

    vivo X50 boleh didapati dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black, manakala vivo X50 Pro dalam pilihan warna Alpha Grey sahaja. Walaupun hampir kesemua spesifikasi telah diketahui, anda masih perlu menunggu pelancaran rasminya pada 21 Julai ini.

    Ketahui harga dan varian rasmi di pasaran Malaysia pada 21 Julai melalui laman Facebook rasmi vivo Malaysia. Untuk sementara ini, anda boleh mendapatkan vivo TWS Earphone Neo baharu dengan harga RM359 di Lazada, Shoppe, vivo Store, kedai konsep vivo dan rakan sah vivo.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured