More

    Siri vivo X60 sah hadir di Malaysia 22 Mac ini! Ini jangkaan spesifikasi dan harga

    vivo Malaysia kini sudah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri vivo X60 di pasaran tempatan pada 22 Mac 2021. Pengiraan detik pelancaran peranti andalan ini turut dipaparkan di laman web rasmi vivo Malaysia.

    Untuk makluman pantas mengenai pelancaran siri vivo X60, anda boleh mendaftar di pautan ini. Waktu dan saluran siaran langsung pelancaran setakat ini masih belum dimaklumkan. Kami akan mengemaskini maklumat jika ianya sudah diberitahu secara rasmi.

    Terdahulu, beberapa model vivo X60 telah dilancar di pasaran China. Jadi, peminat mungkin boleh menjangkakan spesifikasi yang sama. Namun, mungkin ada spesifikasi yang bakal berubah untuk pasaran global termasuk Malaysia seperti janaan cipset, varian RAM, storan dan pilihan warna. Kami juga menjangkakan Malaysia akan menerima vivo X60 dan vivo X60 Pro terlebih dahulu.

    Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi vivo X60, vivo X60 Pro dan vivo X60 Pro+ berdasarkan peranti di pasaran China:

    vivo X60

    • Skrin AMOLED berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Exynos 1080 (pasaran Malaysia mungkin hadir dengan Snapdragon 870)
    • RAM 8GB atau 12GB (mungkin sama atau berbeza di pasaran Malaysia)
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB (mungkin sama atau berbeza di pasaran Malaysia)
    • Kamera 48MP dengan optik Zeiss dan sensor Sony IMX598 + kamera potret 13MP + kamera telefoto periskop 8MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pengimbas cap jari dan pengecaman muka
    • Sistem operasi OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11
    • Port USB-C

    vivo X60 Pro

    • Skrin AMOLED berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Exynos 1080 (pasaran Malaysia mungkin hadir dengan Snapdragon 870)
    • RAM 12GB (mungkin sama atau berbeza di pasaran Malaysia)
    • Storan dalaman 256GB (mungkin sama atau berbeza di pasaran Malaysia)
    • Kamera 48MP dengan optik Zeiss dan sensor Sony IMX598 + kamera potret 13MP + kamera telefoto periskop 8MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,200mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pengimbas cap jari dan pengecaman muka
    • Sistem operasi OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11
    • Port USB-C

    vivo X60 Pro+ (mungkin hadir di pasaran Malaysia, mungkin juga tidak)

    • Snapdragon 888
    • RAM 6GB/12GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan 5.56 inci AMOLED beresolusi 2376 x 1080 piksel (kadar segar semula 120Hz)
    • Empat kamera utama 48MP f/2.2 Sony IMX turus kisar dan condong mikro + 50MP lensa ultra sensitif Samsung GN1 f/1.57 + 32MP lensa Portrait profesional, 8MP lensa periskop (5x Zum Optikal, 60x Super Zoom)
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4200mAh
    • Menyokong cas pantas 55W + pengecasan berbalik
    • Sensor cap jari di bawah skrin
    • Harga vivo X60 Pro+ di China: Bermula 4988 Yuan (~RM3,117)

    Berdasarkan siri vivo X60 yang dilancar di China, harga di pasaran tersebut adalah bermula pada 3498 Yuan (~RM2,170). Memandangkan siri vivo X50 terdahulu turut dilancarkan di Malaysia dengan harga permulaan sekitar RM2,399, maka mungkin kita boleh menjangkakan harga permulaan siri vivo X60 di Malaysia yang tidak melebihi RM3,000.

    Adakah anda berminat dengan siri baharu peranti andalan vivo X60 ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...