More

    Siri vivo X60 versi global bakal dilengkapi cipset Snapdragon 870, bukannya cipset Exynos

    Beberapa hari lalu, telefon vivo X60 dan X60 Pro versi global telah muncul di beberapa laman web pensijilan. Ianya dikhabarkan akan dijual di pasaran Eropah, India dan Asia Tenggara termasuk Malaysia tidak lama lagi.

    Terbaru, penyenaraian di Google Play Console menunjukkan kehadiran cipset Snapdragon dari Qualcomm, bukannya cipset Exynos dari Samsung. Mengikut sumber sebelum ini, cipset Qualcomm tersebut adalah cipset Snapdragon 870.

    Manakala untuk siri vivo X60 yang dilancarkan di China hujung tahun lalu, ia hadir dengan cipset Exynos 1080.

    Untuk spesifikasi lain peranti ini, ia hadir dengan resolusi 2376 x 1080 piksel, RAM 12GB dan perisian Android 11. Ia mungkin akan hadir dengan antara muka Functouch OS, bukannya OriginOS yang digunakan untuk pasaran China.

    Selain itu, vivo X60 akan hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED 120Hz, kamera utama optik Zeiss 48MP, kamera swafoto 32MP, bateri 4,300 mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Untuk versi Pro pula, ia dilengkapi tambahan lensa periskop 8MP dengan bateri 4,200 mAh.

    Nantikan berita lanjut mengenai siri vivo X60 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured