More

    Siri vivo X90 dilancar di Malaysia: Dimensity 9200, kamera ZEISS 50MP dan cip V2 bermula RM3,699

    Hari ini, vivo secara rasmi telah melancarkan telefon perdana baharu di Malaysia iaitu siri vivo X90. Siri ini membawakan dua pilihan telefon pintar iaitu vivo X90 dan vivo X90 Pro. vivo X90 dan X90 Pro dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 9200 dengan proses 4nm generasi kedua TSMC dan cip pengimejan V2 serta teknologi FIT yang dibangunkan sendiri.

    Siri vivo X90 menggunakan skrin fleksibel 6.78 inci FHD+ 3D, resolusi 2800 × 1260, kadar segar semula 120Hz dan menyokong pemalapan frekuensi 2160Hz PWM. vivo X90 mempunyai kamera utama 50MP IMX866, potret 12MP, ultra lebar 12MP IMX663, menyokong sensor fokus laser dTOF dan kanta optik bersalut Zeiss T yang dibangunkan oleh vivo dan Zeiss.

    Vivo X90 Pro pula menggunakan kamera utama Zeiss 1-inci T* IMX989 50MP dengan apertur f/1.75, potret 50MP IMX758 dan ultra lebar 12MP. Siri vivo X90 dilengkapi dengan kamera swafoto 32MP. vivo X90 Pro menyokong penarafan IP68 untuk rintangan habuk dan air manakala vivo X90 menyokong penarafan IP64. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo X90:

    vivo X90 Pro:

    • Skrin fleksibel 3D 6.78-inci FHD+, resolusi 2800 × 1260, kadar segar semula 120Hz
    • MediaTek Dimensity 9200
    • RAM 12GB+ROM 256GB
    • Kamera: Kamera utama 50MP Zeiss 1-inci T*, potrait 50MP dan ultra lebar 12MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 4,870mAh
    • Menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan wayarles 50W
    • Menjalankan Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13.0
    • Warna: Black Legendary
    • Harga: RM4,999

    vivo X90:

    • Skrin fleksibel 3D 6.78-inci FHD+, resolusi 2800 × 1260, kadar segar semula 120Hz
    • MediaTek Dimensity 9200
    • RAM 12GB+ROM 256GB
    • Kamera: Kamera utama 50MP VCS, kamera potret 12MP dan ultra lebar 12MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 4,810mAh
    • Menyokong pengecasan pantas berwayar 120W
    • Menjalankan Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13.0
    • Laluan warna: Black Asteroid, Biru Breeze
    • Harga: RM3,699

    vivo X90 dilengkapi dengan bateri 4,810mAh yang menyokong pengecasan kilat dwi-teras 120W manakala vivo X90 Pro dilengkapi dengan bateri 4,870mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W serta pengecasan pantas tanpa wayarles 50W. Siri vivo X90 dilengkapi dengan sistem Funtouch OS 13.

    vivo X90 berharga RM3,699 dan vivo X90 Pro pula berharga RM4,999. Pelanggan yang membeli siri vivo X90 di Vivo Concept Store boleh mendapat hadiah tambahan bernilai sehingga RM1,300.

    Dengan setiap pembelian vivo X90, anda boleh mendapatkan vivo TWS Air true bernilai RM179 manakala bagi yang membeli vivo X90 Pro pula, anda boleh mendapatkan Joyoung Electric Baking Pan bernilai RM399. vivo juga akan memberikan palam pengecasan pantas vivo 120W berharga RM205 dan kabel USB-C serta Protection Plus bernilai RM696.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X90 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...