More

    Siri vivo Y35 bakal dilancar pada 11 Ogos 2022, Iman Troye jadi duta siri That’s Y

    Kini, vivo Malaysia berganding bahu dengan Iman Troye untuk siri vivo Y35 yang bakal dilancarkan pada 11 Ogos nanti. Siri That’s Y dibangunkan untuk pengguna merakam detik-detik menyeronokkan dalam kehidupan harian dan menggalakkan pengguna menikmati ‘Joy of Humanity’ vivo. 

    Tambahan terbaru dalam siri That’s Y memaparkan reka bentuk luaran yang bergaya yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu Dawn Gold dan Agate Black. Penyanyi berusia 19 tahun telah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk kempen pemerkasaan dan dipaparkan di papan iklan digital New York Times Square. 

    Hari ini, lagunya yang rancak dan menarik iaitu ‘Teman’ kekal sebagai salah satu lagu terhangat dan telah mendapat lebih 50 juta tontonan di YouTube. Untuk meraikan kehadiran peranti ini, vivo Malaysia akan menjalankan cabaran tarian TikTok bersama Iman Troye sambil menari lagu tema siri That’s Y dan pemenang mungkin membawa pulang hadiah yang menakjubkan.

    vivo Y35 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 680, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas FlashCharge 44W. Skrinnyamungkin menggunakan panel LCD dengan resolusi FullHD+ (2408×1080) manakala keseluruhan telefon mempunyai ukuran 164.3×76.1×8.28mm dan berat 188 gram.

    Untuk butiran lanjut tentang siri vivo Y35 dan kerjasama dengan Iman Troye, nantikan halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...