More

    Siri WiFi 7 Networking Pro terbaharu Qualcomm boleh capai sehingga 33Gbps

    Di Mobile World Congress (MWC) 2022 beberapa bulan yang lalu, Qualcomm memperkenalkan generasi sambungan WiFi 7 untuk masa akan datang. Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih banyak butiran pada hari ini dengan empat platform siri Qualcomm Networking Pro baharu iaitu model 1620, 1220, 820 dan 620. 

    Pencapaian kelajuan data tertinggi yang direkodkan adalah 33Gbps pada platform 1620 hasil ciri 16-strim quad-band. Ini diikuti oleh 21Gbps (platform 1220, 12-strim triband), 16Gbps (platform 820, quad-band 8-strim) dan akhirnya, 10Gbps (triband 6-strim).

    Daripada segi ciri, WiFi 7 lebih pantas dan mempunyai pelbagai sambungan. Ini disebabkan oleh saluran sokongan 320MHz baharu dalam 4K QAM dan operasi berbilang pautan. Ia direka untuk menyampaikan kapasiti besar, kestabilan dan kependaman (latency) yang sangat rendah apabila disambungkan dengan Qualcomm FastConnect 7800 berasaskan WiFi 7.

    Ia boleh digunakan pada masa hadapan apabila 5G menjadi arus utama. WiFi 7 sesuai untuk gaming, penstriman dan perkongsian fail video yang besar serta aplikasi XR. Penyelesaian Qualcomm AFC juga disepadukan untuk memastikan operasi 6GHz dipertingkatkan di dalam dan di luar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured