More

    Siri Xiaomi 12S akan dilancar pada 4 Julai 2022

    Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Xiaomi 12S di China pada 4 Julai 2022 jam 7:00 malam (waktu sama untuk Malaysia). Siri telefon itu bakal terdiri daripada Xiaomi 12S, Xiaomi 12S Pro dan Xiaomi 12S Ultra.

    Mereka telah pun berkongsi beberapa poster yang menunjukkan rekaan telefon itu secara ringkas di media sosial Weibo. Xiaomi juga mengetengahkan mesej “era baru untuk fotografi mudah alih” dalam poster Xiaomi 12S, yang menunjukkan bahawa telefon ini bakal mempunyai kamera yang dibina bersama syarikat fotografi dari Jerman, Leica.

    Jika dilihat pada poster tersebut, tiga varian Xiaomi 12S ini mungkin akan mempunyai perbezaan daripada segi saiz, di mana varian Ultra bakal mempunyai saiz paling besar.

    Sebelum ini, Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan syarikat kamera Leica bagi membangunkan teknologi kamera dalam telefon yang seterusnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured